ADVERTISEMENTspot_img

USIA Labuan adakan Kunjungan Hormat ke atas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan

Mohd Ali (empat dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada Rithuan sambil diperhatikan delegasi USIA Labuan.

LABUAN: Ketua USIA Bahagian Labuan, Mohd Ali Asmaran Datuk Seri Panglima Mohamed Bledram, mengadakan Kunjungan Hormat ke atas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail di pejabat beliau Wisma Perbadanan Labuan, baru baru ini.

Turut sama dalam kunjungan hormat itu ialah, Timbalan Ketua USIA Bahagian Labuan, Sahari Amdan, Naib Ketua USIA Bahagian Labuan, Yahya Bakri, Ketua Penerangan USIA Bahagian Labuan, Jainudin Djimin dan Ketua Wanita USIA Bahagian Labuan, Dg. Sharifah Mahmod serta dua AJK USIA Bahagian, Jamal Ijob dan Rahimah Lamat.

Kunjungan hampir satu jam itu membuka ruang kepada kedua dua pihak untuk bertukar pandangan dan bekerjasama dalam memperkasa gerak kerja dakwah secara tersusun yang dapat memberi impak pembangunan ummah.

Terdahulu sebelum itu Mohd Ali telah memberikan taklimat ringkas mengenai peranan dan hala tuju USIA untuk kekal relevan selepas enam dekat penubuhannya (1969).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN