ADVERTISEMENTspot_img

RTM Labuan perkenal halatuju penyiaran pintar

Howard ketika berucap pada majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan itu.

LABUAN: Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Wilayah Persekutuan Labuan memperkenalkan tiga hala tuju baharu menerusi pendekatan penyiaran pintar sebagai fokus utama tahun 2026.

Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Wilayah Persekutuan Labuan, Howard Msrtin Kim Sung @ Carnelius berkata antara teras utama yang digariskan ialah penerapan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi penyiaran.

Katanya, pendekatan itu menekankan keperluan organisasi bergerak lebih tangkas atau “agile” dalam menghadapi perubahan landskap media yang semakin dinamik.

“Teknologi ini akan diintegrasikan dalam proses suntingan serta analisis data bagi memastikan kandungan yang dihasilkan sentiasa relevan dan dikemas kini secara masa nyata”, katanya kepada pemberita pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Penyiaran Labuan yang diadakan baru baru ini.

Howard berkata, RTM Labuan turut memberi penekanan kepada penghasilan kandungan tempatan berimpak global.

Howard (tengah) bersama staf Jabatan Penyiaran (RTM) di Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Penyiaran (RTM) Labuan

Jelasnya, naratif tempatan akan diperkasakan agar mampu menembusi piawaian antarabangsa khususnya dari segi kualiti visual dan penceritaan.

Dalam masa yang sama, aspek integriti kewartawanan terus menjadi keutamaan.

“Di tengah-tengah lambakan berita-berita palsu ataupun fake news, RTM Labuan haruslah kekal sebagai The Golden Standard atau sumber rujukan yang paling sahih untuk komuniti setempat agar supaya Jabatan Penyiaran kita ini dipercayai sepenuhnya dalam kita menyalurkan informasi dan juga maklumat kepada masyarakat khususnya kepada para pendengar, penonton dan sebagainya, katanya.

Tambah beliau lagi, langkah tersebut selaras dengan usaha berterusan RTM dalam memperkukuh peranannya sebagai penyampai maklumat utama negara.

Di samping menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi dan keperluan semasa penonton

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN