Pegawai Pengustkuasa ketika melakukan pemeriksaan di salah satu stesen minyak yang terdapat di Labuan
LABUAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Labuan melaksanaka pemeriksaan dan pemantauan secara berterusan di semua stesen minyak di pulau ini bagi mengekang ketirisan subsidi minyak petrol dan diesel.
Pengarah KPDN Labuan, Junaidah Arbain berkata, sepasukan anggota penguatkuasa telahpun ditugaskan untuk membuat pemeriksaan dan pemantuan khusus untuk mengekang ketirisan subsidi kerajaan.
“Pemeriksaan ini selaras dengan komitmen kerajaan dalam mengekang sebarang aktiviti penyeludupan yang boleh mengakibatkan ketirisan subsidi, khususnya bagi bahan api petrol dan diesel termasuk ativiti dibawah program BUDI95 yang sepatutnya dinikmati oleh golongan sasar”, katanya di sini kelmarin.
Selain itu katanya, pemeriksaan setiap transaksi pembelian diesel turut diperiksa bagi memastikan pematuhan terhadap kawalan had pembelian diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan.
Junaidah turut menjelaskan hasil daripada pemeriksaan yang dijalankan setakat ini mendapati bahan api diesel dan petrol di stesen minyak masih berada dalam keadaan yang terkawal dan mencukupi.
“Bekalan dari syarikat Petroleum juga terus diterima tanpa sebarang sekatan”, katanya.



