ADVERTISEMENTspot_img

KUMPULAN SAWIT KINABALU PERKUKUH KOMITMEN INTEGRITI MELALUI IKRAR BEBAS RASUAH

Lembaga Pengarah Sawit Kinabalu Sdn. Bhd. dan Borneo Samudera Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Hazem Mubarak Tun Musa semasa sesi Ikrar Bebas Rasuah.

KOTA KINABALU: Kumpulan Sawit Kinabalu menegaskan komitmennya terhadap integriti dan tadbir urus korporat melalui pelaksanaan Program Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diadakan di Shangri-La Tanjung Aru, di sini kemarin

Program berkenaan dianjurkan oleh Divisyen Integriti dan Governans Kumpulan Sawit Kinabalu dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sabah.

Sesi lafaz Ikrar Bebas Rasuah itu diketuai oleh Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu, Hazem Mubarak Tun Musa bersama barisan Ahli Lembaga Pengarah serta pengurusan tertinggi syarikat sejurus selepas mesyuarat pertama Lembaga Pengarah Kumpulan Sawit Kinabalu bagi tahun 2026.

Pelafazan ikrar tersebut disaksikan oleh Pengarah SPRM Sabah, Datuk TPj Mohd Fuad Bee Basrah serta Penasihat Integriti kepada Ketua Menteri, KPKPj Awang Samsul Baharam Bungso.

Dalam kenyataan hari ini, Kumpulan Sawit Kinabalu memaklumkan program itu melambangkan komitmen kepimpinan tertinggi syarikat untuk melaksanakan amanah dengan penuh integriti, menolak sebarang bentuk rasuah serta memastikan setiap keputusan perniagaan dibuat secara telus, beretika dan bertanggungjawab.

Menurut kenyataan itu, inisiatif berkenaan juga bertujuan memperkukuh budaya integriti dalam organisasi di samping meningkatkan keyakinan pihak berkepentingan terhadap standard integriti dan profesionalisme yang diamalkan oleh Kumpulan Sawit Kinabalu.

Program tersebut turut mencerminkan usaha berterusan syarikat dalam memperkukuh amalan tadbir urus korporat yang baik khususnya di peringkat kepimpinan tertinggi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN