31 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 27, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Aksara Cina Lambang Restu Warnai Pembukaan Premis Baharu di Keningau

KENINGAU: Presiden Persatuan Hakka Keningau merangkap Ketua Masyarakat Cina (KMC) Keningau, Kapitan Anthony Chong Kong Ming, diberi penghormatan menulis aksara Cina sebagai simbol restu dan permulaan yang baik pada majlis pembukaan rasmi HC Smart Advertising & Fui Che Giftery di Tingkat 1, Taman Adika Fasa 12, di sini, baru-baru ini.


Majlis perasmian premis milik pasangan usahawan tempatan, Pan Jian Heng dan Chai Hui Che itu disempurnakan Presiden Pertubuhan Sze Yi Keningau, Datuk Peter Ma Kin Yee.


Tulisan kaligrafi berkenaan membawa maksud keberkatan, kemakmuran dan kelangsungan perniagaan, selaras dengan tradisi masyarakat Cina yang sarat dengan doa serta harapan terhadap kejayaan usaha baharu.


HC Smart Advertising menawarkan perkhidmatan pengiklanan dan percetakan kreatif, manakala Fui Che Giftery menyediakan pilihan cenderamata eksklusif kepada pelanggan.


Kehadiran pemimpin masyarakat pada majlis itu mencerminkan sokongan komuniti terhadap perkembangan sektor keusahawanan tempatan yang berpotensi merancakkan ekonomi setempat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN