ADVERTISEMENTspot_img

Kerajaan dirayu agar menaiktaraf jalan raya sejauh 14 km di Pitas

Kinchin Boluot, Pengerusi KPSM Pitas.

OLEH: HJ MOHD AMIN HJ MUIN DAN A.JALIL MADARIN

PITAS: Ahli-ahli Koperasi Pekebun Sawit Mampan (KPSM) Pitas memohon kepada kerajaan agar menaik taraf jalan raya sejauh 14 kilometer dan yang paling perlu di naik taraf segera di kawasan yang paling teruk kira-kira empat kilometer jalan raya dari kampung Linumiku ke kampung Ransang sebelum kejalan utama Pitas.

Jalan ini berada sebelum persempadan Kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sabah empat buah kampung di pedalaman iaitu Kampung Linumiku, Kampung Longgom, Kampung Layang dan kampung Ransang termasuk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pitas.

Apabila diwujudkan persempadan kawasan baharu maka empat buah kampung tersebut termasuk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri, Bengkoka Sabah, kedua dua Dun tersebut termasuk dalam daerah Pitas dan Parlimen Kudat.

Pengerusi Koperasi Pekebun Sawit Mampan (PKSM) Pitas Kinchin Boluot berkata, beliau sejak tahun 2022 sehingga tahun 2025 telah mengajukan permohonan kepada kerajaan melalui pelbagai agensi yang berkaitan dan mengikut saluran yang tepat namun sehingga kini permohonan mereka masih belum diambil perhatian dan tindakan.

Musim panas mereka gotong royong menimbus jalan yang rosak.

Katanya, KPSM telah mula menjalan kegiatannya sejak dari tahun 2006 lagi dan seramai 23 ketua isi rumah telah mengambil bahagian sebagai ahli dan Pekebun Sawit Mampan Pitas dan tinggal di kawasan tersebut.

Kinchin yang ditemui media baru-baru ini berkata, jalan raya yang dipohon ini menjadi laluan utama kepada lebih 1,000 orang rata-rata bekerja sebagai penanam sawit, getah dan lain-lain sumber pertanian dan mereka memerlukan bantuan kerajaan untuk memperbaiki atau menaiktaraf jalan yang rosak teruk bagi memudahkan mereka mengeluarkan hasil tani untuk dipasarkan.

” Kami perlu memasarkan hasil pertanian ini ke kilang sawit demikian juga getah, manakala tanaman lain seperti sayur, jagung dan buah-buahan mereka bawa ke tamu-tamu seperti ke pekan Pitas dan sekitarnya sebagai sumber rezeki harian mereka.

Jelasnya, Lembaga Minyak Sawit Malaysia / Malaysian Palm Oil Board (MPOB) merupakan agensi kerajaan di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan Komoditi tempat mereka merujuk dan meminta nasihat setiap masalah yang berkaitan dengan ini.

Beginilah keadaan jalan raya yang terpaksa dilalui dimusim hujan.

“Sebagai ahli KPSM Pitas kami tidak bergantung harap sepenuhnya kepada kerajaan untuk memperolehi sumber pendapatan sara hidup harian namun, kami hanya memerlukan bantuan kerajaan sama ada kerajaan negeri atau persekutuan untuk menaik taraf jalan raya yang disebutkan tadi bagi membolehkan kami sebagai petani mengeluarkan hasil pertanian untuk di niagakan,” tegasnya

Menurut Kincin dalam cuaca panas mereka tidak menghadapi masalah untuk mengeluarkan hasil tani seperti sawit dan sebagainya namun di musim hujan atau tengkujuh mereka berdepan dengan masalah jalan raya dan terpaksa menyewa kenderaan yang sanggup mengeluarkan sawit kalau tidak buah sawit tidak dapat dituai dan buruk di pokok ini menjadi kerugian kepada pekebun dan juga kepada kerajaan.

Beliau menambah, menyewa kenderaan yang sanggup mengangkut buah sawit dari kawasan ke kilang amat merugikan seakan harga sewa lebih tinggi dari hasil pendapatan.

Sehubungan itu beliau amat mengharapkan agar kawasan ini mendapat perhatian dan tindakan segera Kerajaan Negeri Sabah dibawah GRS pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor atau kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadikan jalan raya kawasan ini setanding dengan kawasan yang maju berdaya saing yang terdapat di negeri ini khasnya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN