ADVERTISEMENTspot_img

Lelaki Cedera Dalam Nahas, Proton Saga Musnah Terbakar

Anggota bomba memadamkan api pada kereta itu

RANAU: Seorang lelaki mengalami kecederaan selepas Proton Saga yang dipandunya terlibat dalam kemalangan sebelum terbakar dekat sini pada hari Isnin.


Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat, PPgB Rantey Fred memberitahu media bahawa kejadian itu berlaku di Batu 3, Jalan Ranau-Kundasang kira-kira jam 6.40 petang.


“Kami menerima panggilan kecemasan daripada orang awam melalui talian NG999 kira-kira jam 6.44 petang dan bergegas ke tempat kejadian dengan satu unit tujuh anggota, diketuai oleh Pegawai Operasi, PBK I Mastin Suli bersama sebuah jentera bomba FRT.

Proton Saga itu terbabas di bahu jalan sebelum terbakar


“Apabila kami tiba di tempat kejadian yang terletak 3 kilometer dari balai, kami mendapati terdapat kejadian kebakaran yang melibatkan sebuah kereta Proton Saga yang 90% hangus. Anggota Bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan 1 aliran hos pertolongan cemas.


“Seorang mangsa lelaki dilaporkan mengalami kecederaan akibat kemalangan itu dan telah dihantar ke Hospital Ranau oleh Ambulans Kementerian Kesihatan untuk rawatan lanjut,” katanya.


Menurut Rantey, kebakaran berjaya dipadamkan pada jam 6.57 petang dan selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi, operasi dihentikan sepenuhnya pada jam 7.12 malam.


Beliau menambah bahawa punca kejadian serta anggaran kerugian masih dalam siasatan, namun beliau turut mengingatkan pemandu supaya menjaga keadaan kenderaan mereka dengan memastikan servis berkala kenderaan dilakukan dengan sewajarnya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN