Pasukan Perbadanan Labuan ‘A’ menerima hadiah daripada Lidyawati (dua dari kanan)
𝐋𝐀𝐁𝐔𝐀𝐍: 𝐏𝐚𝐬𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐛𝐚𝐝𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐛𝐮𝐚𝐧 ‘𝐀’ 𝐦𝐮𝐧𝐜𝐮𝐥 𝐣𝐮𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐞𝐣𝐨𝐡𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐰𝐧 𝐁𝐨𝐰𝐥𝐬 𝐌𝐢𝐱𝐞𝐝 𝐓𝐫𝐢𝐩𝐥𝐞𝐬 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧𝐚 𝐊𝐚𝐫𝐧𝐢𝐯𝐚𝐥 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠𝐬𝐮𝐧𝐠 𝐝𝐢 𝐆𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐫𝐞𝐧𝐚 𝐁𝐨𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐏𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚 𝐋𝐚𝐛𝐮𝐚𝐧, 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐡𝐚𝐝.
Perbadanan Labuan ‘A’ yang diwakili Nooriza Abd. Ghani, Suzali Abf. Aziz dan Adey Suhaimi Suhaili membawa pulang hadiah wang tunai RM1500 selepas menewaskan pasukan JPNWPL ‘B’ di perlawanan akhir kejohanan itu.
Pasukan JPNWPL ‘B’ yang diwakili Marlianah Omar, Nur Farhana Roziman dan A. Roslan Othman terpaksa berpuas hsti untuk bergelar naib johan menerima hadiah wang tunai RM1200.
Tempat ketiga bersama dimenangi oleh pasukan JPJ ‘A’ yang diwakili Hafiz Kamaludin, Suriyati Seman dan Mohd Nadre Abd. Rahman serta pasukan Perbadanan Labuan ‘C’ yang membariskan Sarinah Judin, Mohd Ridzuan Hassan dan Eyreza A. Besar masing masing menerima RM800.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, Lidyawati Hamzah.
Kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan Lawn Bowl Labuan dengan kerjasama Perbadanan Labuan dan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) disertai seramai 24 pasukan.



