ADVERTISEMENTspot_img

Papar Tuan Rumah Pelancaran Pesta Kaamatan Sabah 2026 pada 1 Mei

Joachim (tengah) ketika mempengerusikan Mesyuarat Pertama Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026


KOTA KINABALU: Daerah Papar ditetapkan sebagai tuan rumah Pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026 yang dijadual berlangsung pada 1 Mei ini.

Ketetapan itu diputuskan dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Induk Perayaan Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026 yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti Sabah, Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam, di Bilik Mesyuarat Kementerian Kerja Raya dan Utiliti Sabah (KKRU), hari ini.

Mesyuarat berkenaan membincangkan persiapan serta perancangan awal bagi penganjuran acara tahunan terbesar negeri yang disambut sepanjang bulan Mei setiap tahun.

Turut hadir Pembantu Menteri I, Datuk Limus Jury; Setiausaha Tetap KKRU Sabah, Datuk Ridhwan Roger Linus; Setiausaha Agung Kadazandusun Cultural Association (KDCA), Datuk Suman Yasambun; Bendahari KDCA, Datuk Joseph Paulus Lantip, selain pegawai daerah, ketua jabatan dan ahli jawatankuasa penganjur.

Dalam ucapannya, Joachim berkata perayaan Kaamatan merupakan platform penting dalam memelihara budaya serta adat resam masyarakat Sabah, di samping mengukuhkan perpaduan dan semangat komuniti di seluruh negeri.

Beliau menegaskan bahawa Kaamatan bukan sekadar perayaan menuai hasil, malah menjadi simbol keharmonian dan kekayaan warisan budaya Sabah yang dipelihara serta diwarisi dari generasi ke generasi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN