24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 12, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Kejohanan Bola Sepak Tertutup Ranau Rebut Piala ADUN Karanaan Januari Ini


RANAU: Kejohanan Bola Sepak Tertutup Ranau dan Jemputan yang menawarkan Piala Timbalan Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.37 Karanaan, Masidi Manjun, dijadualkan berlangsung pada 3 dan 4 Januari ini di Padang Sekolah Kebangsaan (SK) Tungou, kira-kira 22.5 kilometer dari pekan Ranau.


Kejohanan anjuran Pergerakan Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) DUN Karanaan dengan kerjasama Pemuda PGRS Cawangan Tungou itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM1,500, dengan juara bakal membawa pulang RM700, naib juara RM400, tempat ketiga RM250 dan tempat keempat RM150.


Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN N.37 Karanaan, Rosdi Abd Ghani berkata kejohanan tersebut terbuka kepada pasukan bola sepak dari daerah Ranau serta pasukan jemputan, dengan tarikh tutup penyertaan ditetapkan pada malam 2 Januari ini.


“Yuran penyertaan adalah sebanyak RM50 bagi setiap pasukan. Kejohanan ini bukan sahaja bertujuan mencungkil bakat sukan tempatan, malah mengeratkan silaturahim dalam kalangan belia dan komuniti setempat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Rosdi yang juga Ketua Pemuda PGRS Karanaan merangkap Exco Pemuda PGRS Negeri Sabah berkata pihak penganjur berharap kejohanan berkenaan dapat berjalan dengan lancar dan teratur seperti yang dirancang.


Beliau turut memaklumkan bahawa majlis perasmian kejohanan itu akan disempurnakan oleh wakil kepada Masidi Manjun.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN