26 C
Kota Kinabalu
Khamis, November 6, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

RYFC catat kejayaan cemerlang, rai tempat kedua Liga Suparimau Musim B

Barisan pemain U12 Kelab RYFC

RANAU: Pasukan bola sepak bawah 12 tahun (U12) dari Ranau, Kelab RYFC mengorak langkah penting dalam pembangunan kelab itu apabila mendapat tempat kedua dalam saingan Liga Suparimau Musim B, kategori Tigers baru-baru ini.


Kelab bimbingan Ketua Jurulatih dan Presiden Kelab RYFC, Coach Keiru Jumin membuktikan bahawa pemain muda RYFC mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi dan berprestij apabila diberi latihan, bimbingan dan ruang untuk berkembang.


“Sepanjang liga, mereka memperlihatkan peningkatan dan juga disiplin semasa permainan hasil tunjuk ajar jurulatih serta komitmen tinggi seluruh pasukan terhadap pembangunan pemain.
“Saya amat berbangga dengan semangat juang yang ditunjukkan oleh pemain-pemain Kelab RYFC sepanjang musim ini.


“Mereka bukan sahaja bermain dengan hati dan disiplin, tetapi juga menunjukkan peningkatan ketara dari segi kefahaman taktikal serangan dan pertahanan,” katanya.


Coach Keiru turut menzahirkan penghargaan khusus kepada para ibu bapa pemain yang sentiasa memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi, sama ada melalui kehadiran di padang, penyediaan keperluan anak-anak, sokongan kewangan, pengangkutan dan sokongan moral sepanjang musim.


“Semangat kekeluargaan yang ditunjukkan telah menjadi sumber kekuatan utama buat pasukan Kelab RYFC.


“Penghargaan saya kepada Pengerusi AJK Ibu Bapa, A Santinios yang banyak membantu kelab khususnya dalam aspek latihan dan pemantauan semasa perlawanan,” katanya.


Pengurus besar Kelab RYFC, Coach Lady (Sylviana Viana Saiki) juga memberikan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan, kewangan, tenaga dan masa dalam memastikan perjalanan pasukan berjalan lancar sepanjang liga berlangsung.


Pasukan bola sepak bawah 12 tahun (U12) Kelab RYFC menutup tirai saingan Liga Suparimau Musim B, kategori Tigers pada 25 Oktober lalu dengan pencapaian membanggakan.


Kejohanan yang berlangsung di Padang Sintetik Likas, Kota Kinabalu itu dianjurkan oleh Boost Juice dengan kerjasama Subway, Kementerian Belia dan Sukan serta Maxim Events Sdn Bhd yang sepenuhnya disokong oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).


Acara ini menjadi medan penting buat pemain muda RYFC menonjolkan bakat, semangat juang serta peningkatan prestasi sepanjang Musim B.
Liga yang bermula sejak Julai 2025 itu menyaksikan saingan sengit antara pasukan-pasukan muda seluruh Sabah.


Dalam kategori Tigers U12, Talawa FC muncul juara keseluruhan, manakala RYFC U12 mengekalkan kedudukan mantap di tempat kedua hasil konsistensi prestasi dan semangat berpasukan yang tinggi sepanjang Musim B.


Menurut Coach Keiru, tempat kedua ini adalah hasil kerja keras semua iaitu, pemain, jurulatih, pengurusan kelab, ibu bapa dan juga penyokong.
“Kelab RYFC akan terus komited melahirkan lebih ramai bakat muda yang mampu mewakili daerah dan negeri pada masa akan datang,” katanya.


Pencapaian membanggakan RYFC U12 dalam musim ini sekaligus mengukuhkan reputasi kelab sebagai antara pasukan yang aktif dalam membangunkan bola sepak peringkat akar umbi di daerah Ranau walaupun penubuhan kelab baru berusia setahun jagung.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN