ADVERTISEMENTspot_img

Masjid Nurhidayah Kg.Palu-Palu tempat ke 3 Pertandingan Maulidur Rasul Daerah Kuala Penyu

TAHNIAH ..Wakil Masjid Nurhidayah, Yahya Aziz menerima hadiah di majlis itu.

KUALA PENYU: Masjid Nurhidayah Kg.Palu-Palu meraih tempat ketiga acara Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul peringkat Daerah Kuala Penyu yang diadakan di Dewan Dato’ ShahBandar Makang disini Khamis lalu.

Manakala Johan acara Pertandingan Sepanduk disandang Surau Kg.Linsuk dan naib johan jatuh kepada Masjid Kg.Kerukan.

Sebanyak 15 buah Kumpulan telah menyertai Acara Pertandingan Sepanduk sempena Sambutan Maulidurasul bagi peringkat Daerah Kuala Penyu pada tahun ini.


Majlis Sambutan Maulidur Rasul tahun 1447 Hijrah/2025 Masehi bagi peringkat Daerah Kuala Penyu telah disempurnakan Majlis Perasmiannya oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri Sabah,( JHEAINS ) Datuk Jumain Abdul Ghani.

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat daerah tahun ini dimulakan dengan acara Perarakannya dari Padang Pekan menuju ke Kedai
Dan perarakan berakhir diDewan Dato’ ShahBandar Makang di sini.

Sempena sambutan itu pihak Penganjur telah menjemput Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sabah ( JHEAINS ), Ustaz Mohd.Redzuan Kaplin untuk menyampaikan Ceramah Khas di Dewan Dato’ Shah Bandar Makang Kuala Penyu.-KA.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN