ADVERTISEMENTspot_img

Graduan ADTEC Kampus JTM Labuan capai 97 peratus kebolehpasaran

ROSPIAGOS beramah mesrs bersama pelajar pada majlis Karnival TVET ADTEC kampus JTM Labuan.

LABUAN: Graduan Pusat Teknologi Tinggi (ADTEC) Jabatan Tenaga Manusia (JTM) mencatatkan 97 peratus kadar kebolehpasaran pada tahun ini berbanding 92.4 peratus pada tahun sebelumnya.

Kejayaan itu menunjukkan pelajar lepasan kemahiran ADTEC kampus JTM Labuan berupaya membantu meningkatkan produktiviti dan memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi Negara.

Demikian kata Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia (JTM),Datuk Rospiagos Taha ketika berucap merasmikan Program Karnival TVET, ADTEC Kampus JTM di sini pada Ahad.

Beliau berkata negara pada hari ini
memerlukan lebih ramai individu mempunyai kemahiran teknikal dan vokasional di mana kajian pasaran menunjukkan individu berkemahiran teknikal dan vokasional tinggi mampu menyumbang kepada kecekapan serta daya saing kepada sesuatu industri seterusnya membuka lebih banyak peluang pekerjaan.

” Ini menunjukkan pelajar lepasan kemahiran berupaya membantu meningkatkan produktiviti dan memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi Negara,” katanya.

Beliau menegaskan kolaborasi erat antara JTM dan pihak industri merupakan agenda utama bagi memastikan setiap kursus yang ditawarkan sentiasa mengikut arus perkembangan teknologi semasa.

Dalam pada itu, Rospiagos menjelaskan bahawa Syarikat WSL Technology Sdn. Bhd telah merekrut empat orang bekas pelajar kampus ADTEC JTM Labuan untuk menyertai organisasi mereka dan dua daripada mereka telah dihantar ke China untuk menjalani latihan lanjutan sekali gus menunjukkan komitmen syarikat dalam membangunkan potensi tenaga kerja tempatan ke peringkat antarabangsa.

“Manakala, Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Sabah dengan kerjasama ADTEC kampus JTM Labuan telah menganjurkan Kursus Kompetensi Perpaipan Retikulasi Air (PWR2) siri 1 yang telah dilaksanakan pada bulan Jun 2025 dan siri 2 pada bulan September 2025 di Bengkel Teknologi Paip dan Sanitari ADTEC JTM Kampus Labuan,” katanya.

Turut diadakan pada majlis itu, pertukaran dokumen kerjasama dan persiafahaman antara ADTEC kampus JTM Labuan dengan Syarikat WSL Tecnology Sdn. Bhd. dan ABM Wilayah Sabah sebagai usaha berterusan dalam membantu melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN