ADVERTISEMENTspot_img

BERSATU TANGANI ISU BULI, SEMAI NILAI KASIH SAYANG : REDONAH

Terima kasih…Redonah menerima cenderahati.

KOTA MARUDU: Sambutan Hari Kemerdekaan di Tadika Korongkom, Kota Marudu berlangsung meriah dengan pelbagai acara patriotik melibatkan kanak-kanak, ibu bapa serta warga komuniti setempat.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Redonah Bahanda.

Dalam ucapannya, Datuk Redonah menegaskan bahawa sambutan Hari Kemerdekaan tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai acara menaikkan bendera atau menyanyikan lagu patriotik, tetapi lebih penting sebagai wadah menyemai nilai kasih sayang, hormat-menghormati dan keprihatinan terhadap orang lain.

Beliau turut menyentuh isu buli yang semakin mendapat perhatian masyarakat, sambil menekankan bahawa usaha membanteras gejala ini merupakan tanggungjawab bersama.

Menurutnya, didikan bermula dari rumah, diteruskan di sekolah dan diperkukuh oleh masyarakat.

“Setiap ibu bapa perlu menjadi teladan yang baik, sekolah pula berperanan membentuk disiplin dan sahsiah, manakala masyarakat harus sentiasa peka terhadap persekitaran.

“Apabila semua pihak berganding bahu, kita dapat membina generasi yang berjiwa merdeka, berakhlak mulia dan bebas daripada budaya buli,” katanya.

Beliau berkata semasa merasmikam sambutan Hari Kemerdekaan Tadika Korongkom, Kota Marudu di Dewan PPR, Taman Korongkom, Kota Marudu.

Redonah menambah semangat kemerdekaan harus diterjemahkan dalam bentuk amalan hidup seharian, termasuklah membina masyarakat yang prihatin dan bersatu padu. Negara Malaysia akan terus melangkah ke hadapan sebagai negara yang aman, sejahtera dan berdaya maju.

Dalam majlis itu turut diserikan dengan persembahan kanak-kanak prasekolah Pertandingan Busana Tradisional Keluarga menjadi suntikan semangat buat komuniti setempat untuk terus menyemarakkan rasa cinta kepada tanah air.

Gambar :

  1. Kenangan…Redonah bergambar kenangan kanak-kanak Tadika Korongkom Kota Marudu.
  2. Terima kasih…Redonah menerima cenderahati.
ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN