ADVERTISEMENTspot_img

Maria Chong sanjung kepimpinan James Ratib, hargai peranan Flovia Ng perkukuh kesejahteraan rakyat

ISTEMEWA UNTUK YB MENTERI…..Datuk Maria Chong menyampaikan cenderahati kepada Datuk James Ratib, sempena Malam Sanjungan Budi, Lembaian Kasih, di sini semalam



KOTA KINABALU: Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR), Datuk Maria Chong menyifatkan kepimpinan Menteri, Datuk James Ratib sebagai faktor utama yang melonjakkan peranan serta pencapaian kementerian dalam tempoh hampir dua tahun kebelakangan ini.

Berucap pada Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih di sini malam tadi, Maria mengimbau kembali detik awal beliau bertugas di kementerian berkenaan pada September 2023 dan mengakui awalnya berasa bimbang kerana belum mengenali gaya pengurusan James.

“Namun, setelah bekerja bersama hampir dua tahun, saya mendapati YB seorang pemimpin yang mudah didekati, bijak, lucu, komited dan amat down to earth

“Di bawah kepimpinan beliau, barulah terserlah peranan penting Kementerian ini dalam bidang kebajikan, pembangunan wanita, kesihatan, kos sara hidup, perpaduan, pembangunan keluarga serta pencegahan penyalahgunaan dadah,” katanya.

Maria menegaskan, pendekatan James telah memberikan a new lease of life kepada kementerian dengan pelbagai inisiatif dan aktiviti yang memberi impak langsung kepada rakyat.

Beliau turut menekankan bagaimana penekanan James terhadap nilai “sense of urgency” dan kepentingan kolaborasi antara organisasi banyak memberi pengajaran kepada seluruh warga KPMKR.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Pembantu Menteri, Datuk Flovia Ng, yang disifatkan memainkan peranan besar dalam memperkukuh program kebajikan dan pemerkasaan komuniti, khususnya wanita, ibu tunggal, golongan miskin serta masyarakat luar bandar.

“Pendekatan mesra rakyat dan penglibatan secara langsung dengan komuniti menjadikan YB Datuk Flovia sebagai pelengkap visi YB Menteri untuk membawa pembangunan inklusif dan menyeluruh,” jelasnya.

Bagi pihak warga kementerian, Maria turut menyampaikan ucapan terima kasih serta memohon kemaafan atas sebarang kelemahan sepanjang berada di bawah kepimpinan James.

“Kami doakan agar perjalanan politik YB Datuk James terus diberkati, mungkin juga diberi amanah lebih besar di kementerian lain yang memerlukan kepimpinan beliau. Namun jasa, bimbingan dan tunjuk ajar YB akan kekal menjadi panduan buat kami,” katanya.

Beliau menutup ucapan dengan doa agar James serta Flovia terus diberi kesihatan yang baik, kejayaan dalam Pilihan Raya Negeri akan datang, dan mampu melanjutkan khidmat bakti demi kesejahteraan rakyat Sabah.




ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN