ADVERTISEMENTspot_img

RINGKASAN PENGHARGAAN LUAR BIASA BUAT RAKYAT MALAYSIA

1- Setiap warganegara berusia 18 tahun dan ke atas akan menerima RM100 secara one-off melalui MyKad di bawah SARA

2- Peruntukan STR dan SARA 2025 dinaikkan kepada RM15 bilion, bantuan tunai pertama dalam sejarah untuk semua rakyat dewasa

3- Peruntukan bagi Jualan Rahmah MADANI 2025 tahun ini ditingkatkan sekali ganda lagi menjadi RM600 juta daripada RM300 juta

4- 15 September diumumkan sebagai hari kelepasan am tambahan sempena Sambutan Hari Malaysia tahun ini

5- KKM akan percepat pengisian 4,352 jawatan termasuk doktor kontrak di seluruh negara menjelang akhir 2025

6- Kenaikan kadar tol 10 lebuh raya utama ditangguhkan, kerajaan akan tanggung kos lebih RM500 juta

7- Kadar Gaji Minimum RM1,700 berkuat kuasa sepenuhnya 1 Ogos ini

8- Kerajaan akan luncurkan Sejahtera MADANI, bantu miskin tegar dan miskin melalui usaha sama Kerajaan dan sektor korporat

9- Malaysia catat pelaburan diluluskan tertinggi dalam sejarah berjumlah RM384 bilion pada 2024, meningkat 17 peratus berbanding 2023 dan pencapaian ini diunjur terus melonjak pada 2025

10- Malaysia melonjak 11 anak tangga ke kedudukan 23 dalam Indeks Daya Saing Dunia 2025

11- Pertumbuhan KDNK suku pertama tahun ini catat pertumbuhan 4.4 peratus dan berdasarkan unjuran awal, suku kedua bakal mencecah 4.5 peratus

12- Harga Lantai Belian Padi ditingkatkan kepada RM1,500

13- Setakat pertengahan 2025, ringgit mengukuh lebih 5 peratus berbanding dolar AS, terkini mencatat paras RM4.23 – meletakkan ringgit antara lima mata wang terbaik Asia tahun ini

14- Penyasaran subsidi petrol RON95 kekal akan dilaksanakan dengan perincian diumum akhir September 2025, namun kerajaan beri jaminan rakyat tidak akan terjejas

15- Sebanyak 85 peratus pengguna domestik nikmati penurunan bil elektrik Julai 2025 bagi penggunaan yang sama berbanding separuh pertama 2025 iaitu sehingga 14 peratus

16- Pendekatan bersasar sejajar ikhtiar kerajaan optimumkan sumber negara bagi manfaat rakyat dan kurangkan pembaziran subsidi

-DATO SERI ANWAR IBRAHIM-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN