ADVERTISEMENTspot_img

Tiada kenaikkan harga barang dikesan di Labuan akibat pelaksanaan SST

Junaidah bersama pasukan penguatkuasa ketika melakukan pemeriksaan di pasaraya Utama Jaya Superstore pada Jumaat.

LABUAN: Tiada kenaikan harga barangan dikesan di Labuan akibat pelaksanaan peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang berkuatkuasa 1 Julai lalu.

Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kos Sara Hidup (KPDN) Labuan, Junaidah Arbain berkata, KPDN Labuan telah melakukan pemeriksaan ke atas 850 premis perniagaan di sekitar Labuan bagi memastikan peniaga tidak menaikkan harga barang berikutan pelaksanaan SST.

“Bagaimanapun KPDN Labuan telah menerima satu aduan kenaikkan harga barang pada 1 Julai lalu, namun hasil daripada analisa yang dijalankan kita dapati tidak berlaku unsur pencatutan dan kenaikkan bukan disebabkan caj SST,” katanya kepada media selepas mengetuai Ops Kesan 4.0 yang diadakan di dua pasaraya masing masing di Utama Jaya Superstore dan Bataras Superstore Ujana Kewangan.

Junaidah berkata, Ops Kesan 4.0 yang dijalankan di seluruh negara sejak 1 Julai lalu bertujuan bagi memastikan para peniaga tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga tanpa asas yang munasabah atau dengan melakukan pencatutan berasaskan pelaksanaan SST.

Dalam waktu yang sama katanya, pihak penguatkuasaan KPDN akan sentiasa digerakkan untuk menjalankan pemantauan secara berterusan di bawah peraturan Akta 723.

“KPDN tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana mana pihak yang menaikkan harga secara tidak munasabah dan bertentangan dengan undang undang pencatutan”, katanya

Hadir sama, Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Labuan, Aminuddin Malang.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN