Pasukan Excel’s Angels juara Bola Jaring B-15 MSSWPL 2025
LABUAN: Pasukan bola jaring Excel’s Angels dari Sekolah Menengah Sains Labuan (SMSL) mencatat kejayaan membanggakan apabila muncul juara Kejohanan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah-sekolah Wilayah Persekutuan Labuan (MSSWPL) 2025, kategori B-15 tahun yang diadakan di Dewan Arena Perbadanan Labuan,Bukit Kuda, baru baru ini.
Lebih membanggakan lagi, tiga pemain Excel’s Angels turut menerima Anugerah Khas Individu, iaitu Anugerah Penjaring Terbanyak bagi Kategori B-15 dianugerahkan kepada Nur Aisyah Rifqah Aminuddin, Anugerah Penghadang Terbaik Kategori B-15 dianugerahkan kepada Nur Aneesa Syahira Khairul @ Hairul dan Anugerah Pemain Terbaik Kategori U15 yang dianugerahkan kepada ketua pasukan Fadhiya Zafeera Mohd Fadzli.
Naib juara dimenangi SMK Mutiara dan tempat ketiga bersama disandang oleh SMK Labuan dan SMK MAIWP Labuan.
Kejohanan anjuran Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan itu disertai 9 buah sekolah menegah masing-masinng SMK Mutiara, SMK Labuan, SMA MAIWPL, SMK Taman Perumahan Bedaun, SMK Rancha-Rancha, SMK Pantai, SMK Lajau dan SM St Anne.
Majlis penyampaian hadiah dan sijil disempurnakan oleh Pengetua SMK Labuan, Mohd Nizam bYasim.



