LAWAT TAPAKā¦Nor Isham (lima kanan),wakil Astaka, Hj Razali ( 7 kanan berbaju hitam) dan AJK Tertinggi selepas memeriksa Dewan Seri Wawasan Kg Pimping.Turut kelihatan Pengurus Dewan, Sazali Hanafi Hj Latip (kanan sekali).
MEMBAKUT: Pertandingan Gegar Takraw Merdeka Membakut anjuran Persatuan Kebajikan dan Rekreasi Anak- Anak Pimping di Kota Kinabalu (PAPIM) pada 23 dan 24 Ogos depan akan diadakan di Dewan Kesenian Islam Pekan Membakut.
Pengerusi Penganjur, Nor Isham Narawi berkata perubahan tempat dari Dewan Seri Wawasan Kg Pimping ke Pekan Membakut terpaksa dilakukan memandangkan gelanggang di dalam dewan di Pimping tidak dapat digunakan.
” AJK Penganjur setelah berbincang dengan wakil Astaka,Haji Razalie Chin memutuskan untuk memindahkan vanue ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengetuai pemeriksaan gelanggang di kedua-dua vanue itu bersama Pengerusi dan AJK PAPIM Sabtu lalu.
Sementara itu hadiah lumayan wang tunai RM4,000 dan Piala Rebutan menanti pasukan yang akan mengambil bahagian dalam kejohanan dua hari itu.
Nor Isham berkata borang-borang penyertaan sedang diedarkan dan boleh didapati dari Pengerusi Pendaftaran Puan Nur Nazerah Mohd Nizam dengan menghubungi numbor hp 010-3994035.

BANNERā¦Pemberitahun tentang Gegar Takraw Merdeka Membakut bulan depan di Dewan Kesenian Islam Membakut.
Mereka yang berminat mengambil bahagian juga boleh berhubung dengan Pengerusi Biro Sukan, Ali Omar Salleh, Setiausaha Ali Hussein Hj Matnor atau Bendahari Pertandingan, Ag Ghazali Ag Ghani.
Beliau berkata johan dalam Pertandingan ini selain menerima Piala Rebutan Penaung Datuk Dr Haji Mohd Arifin Datuk Haji Mohd Arif juga akan menerima hadiah wang tunai RM2,000, naib johan akan membawa pulang 1,000 dan tempat ketiga dan keempat masing-masing akan menerima hadiah wang tunai RM500.
Menurut beliau pihak penganjur akan mengenakan yuran penyertaan RM120 untuk satu pasukan dan kejohanan ini hanya terbuka kepada pemain-pemain dari kawasan Dewan Undangan Negeri Membakut sahaja.
Bagaimanapun katanya setiap pasukan dibenarkan hanya menyenaraikan seorang saja pemain bertaraf negeri dari mana-mana daerah saja.
Beliau berkata sistem bergantung kepada jumlah penyertaan pasukan yang mengambil bahagian yang akan dibincangkan dengan pihak ASTAKA nanti.
” Kejohanan takraw ini mendapat pengiktirafan dan kerjasama dari ASTAKA kita juga akan menjemput beberapa pasukan dari daerah berdekatan,” tambahnya.
Beliau berkata kejohanan ini untuk memberikan peluang pemain- pemain muda dari daerah Membakut untuk menimba pengalaman dari pemain-pemain negeri yang boleh mereka jemput nanti.

PERIKSA…AJK Penganjur meninjau dewan tempat pertandingan pada 23 dan 24 Ogos nanti Sabtu lalu.
PAPIM juga dijangka akan menghantar satu pasukan terkuat mereka terdiri kalangan ahli dan bekas seorang pemain negeri.
Nor Isham berkata setakat ini sambutan oleh pasukan yang berminat amat menggalakkan dan kita mungkin memutuskan akan menghadkan penyertaan
” Setakat ini lebih 20 pasukan sudah menyatakan minat untuk mengambil bahagian, jadi siapa cepat akan dapat mengambil bahagian dalam pertandingan pertama kali anjuran PAPIM ini,” katanya
“Kita berharap pasukan yang berhasrat mengambil bahagian cepat-cepat ambil borang kerana tarikh tutup ialah 10 Ogos,” tambahnya.
Sementara itu tapak gerai untuk jualan barang-barang seperti makanan dan produk lain difahamkan hampir habis ditempah dan hanya tinggal beberapa lagi yang kosong. Maklumat lanjut dan borang boleh diperolehi melalui Puan Nazerah juga.
Turut hadir dalam lawatan gelanggang itu ialah Pengerusi PAPIM, Hj Ahmad Dipong, Wakil Astaka Hj Razalie Chin, Naib Pengerusi Puan Nismah Hj Kanak, Setiausaha Agung, Ali Hussein Hj Matnoor, Bendahari Ag Kassim Hj Ismail, Penolong Bendahari, Ag Ghazali Ghani, AJK terdiri dari Hajah Dayang Rayanih Hj Ag Hamid, Hj Ismail Hj Baniamin, Ali Omar Salleh dan Ag Jaluddin Salleh.



