SEPAK MULA .. Kelihatan Harun melakukan sepak mula kejohanan.
OLEH: HJ MOHD AMIN HJ MUIN
DAN A.JALIL MADARIN
PITAS: Kejohanan bola sepak yang diadakan akan menjadi di pafang Kampung Sibaung di sini akan dijadikan perintis untuk terus mengadakan kejohanan seumpama itu pada masa akan datang.
Timbalan Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Pitas, Datuk Haji Harun Haji Ismail berkata bola sepak merupakan permainan yang terkenal di seluruh dunia dan kita atau generasi muda jangan ketinggalan untuk mengambil bahagian dalam arena tersebut kerana permainan ini bukan sahaja untuk perlawanan tetapi baik untuk kesihatan tubuh badan disamping dapat mengukuhkan semangat perpaduan masyarakat berbilang kaum.
Katanya, Daerah Pitas sejak sekian lama menyimpan barisan pemain yang perlu dicontohi walau pun daerah ini kecil tetapi tidak kurang hebatnya dalam arena bola sepak yang bukan sahaja terkenal di Pitas malah ada yang sampai keperingkat negeri dan kebangsaan seperti Dikah Utoh, Romzie Mokhtar Dayuh, Raffee dan beberapa orang lagi mereka secara tidak langsung telah mengharumkan nama diri, keluarga,daerah dan negeri ini.
Harun berkata demikian ketika merasmikan
Kejohanan bola sepak sembilan yang disertai oleh 10 buah pasukan sahaja sebagai rintis permulaan kejohanan yang diadakan di padang bola sepak kampung ini
“Kejohanan ini akan berterusan dengan perancangan awal yang diminta oleh masyarakat Sibaung untuk diadakan kejohanan bola sepak pelbagai kategori termasuklah pemain 15 tahun kebawah.
Katanya, sukan bola sepak ini perlu diteruskan dari masa kesemasa sebagai cara mencungkil bakat dikalangan para pemain, mengeratkan perpaduan diantara pemain, penonton atau peminat dengan masyarakat setempat serta sebagai pelapis kepada kejohanan akan datang baik diadakan di peringkat daerah ini atau sebagainya.
Harun menasihatkan para pemain agar sentiasa mengamalkan semangat kesukanan dan sentiasa mematuhi peraturan atau undang-undang permainan dan yang paling utama bermain secara bijaksana serta berdisiplin semasa dalam perlawanan atau diluar perlawanan.
Tegasnya, dalam apa juga kejohanan disiplin dan semangat perpaduan merupakan kunci utama kepada sesaorang pemain yang berwibawa yang akan mengangkat nama daerah Pitas tersohor dalam pelbagai arena sukan yang disertai.
“Jaga nama diri dan keluarga, nama penganjur dan persatuan yang di anggotai serta sentiasalah mendengar nasihat daripada jurulatih yang di pertanggungjawabkan.
Di majlis itu, Harun menyambut baik cadangan masyarakat Sibaung untuk meneruskan penganjuran kejohanan bola sepak pelbagai kategori dan juga mencadangkan agar ada pasukan bola sepak wanita yang akan mengambil bahagian di kojahanan itu nanti.

CENDERAKENANGAN… Disaksikan oleh Ariffin, Ikmal dan yang lain Harun (kiri) menerima cendera kenangnan daripada Ketua Kampung Sibagung.
Beliau merasa amat bangga kerana Sabah melahirkan pasukan bola sepak wanita yang terkuat di Malaysia maka tidak mustahil juga daerah Pitas akan menyusul mencipta sejarah akan ada pasukan bola sepak wanita daerah ini suatu masa nanti.
Harun yang juga Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Oil & Gas Development Corporation Sdn Bhd SOGDC mengucapkan tahniah kepada penganjur kejohanan ini iaitu Pergerakan Pemuda Kampung Sibaung.
Di majlis itu juga Harun mempertimbangkan permohonan para pemain bola sepak Kampung Sibaung untuk mereka memiliki jersi sendiri untuk kejohanan akan datang.
Hadir sama, Pengerusi Penganjur kejohanan Saudara Basir, Pegawai Khas kepada Datuk Harun, Ikmal Atong, Pegawai Kemajuan Masyarakat Pitas Ariffin Matasin, Pengerusi JKKK Puan Maimunah Askali, Ketua Kampung Sibaung mengetuai masyarakat setempat.



