ADVERTISEMENTspot_img

2,000 sukarelawan menjadi tulang belakang realisasikan BFF@Labuan2025

Noridah (tiga dari kiri) bersama sukarelawan BFF

LABUAN: Lenih 2,000 sukarelawan yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan, pelajar IPT, badan bukan kerajaan, pemimpin masyarakat merupakan tulang belakang dalam merealisasikan penganjuran Borneo Flora Festival @Labuan 2025 yang akan diadakan pada 26-30 Julai ini disini.

Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), Datuk Indera Noridah Abdul Rahim berkata, tanpa adanya bantuan daripada sukarelawan penganjuran BFF @ 2025 mungkin tidak akan mencapai kejayaan yang luar biasa.

“saya merasakan sukarelawan menjadi tunggak kepada BFF yang pada peringkat awalnya kita rasakan mustahil untuk mencapai matlamatnya, namun kebersamaan 2,000 sukarelawan telah menunjukkan semangat tinggi bergotong royong dari siri pertama (menyemai semaian bunga) hingga siri ketiga iaitu (pemindahan bunga dari tapak semaian ke lokasi BFF) seperti yang mereka lakukan hari ini…

“Saya yakin matlamat penganjuran BFF Labuan 2025 yang julung kalinya diadakan akan mencapai kejayaan yang luar biasa” katanya.

Beliau berkata demikian ketika kepada media selepas meninjau persiapan BFF 2025@Labuan 2025 di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan, disini pada Ahad.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Mohd Sukuran Taib.

Noridah berkata, bermula pada Sabtu para sukarelawan ini giat memindahkan lebih 200,000 pelbagai pokok bunga semusim.

Sementara itu katanya, pembersihan kawasan, penyediaan kemudahan awam di bandar serta penambahbaikan sistem pengangkutan merupakan antara inisiatif minggu terakhir persiapan BFF.

Noridah berkata, langkah itu penting bagi memastikan keselesaan dan keseronokan pengunjung khususnya pelancong yang hadir untuk menyaksikan festival tersebut.

“Kita akan membersihkan kawasan seluruh Labuan bagi menyambut kedatangan pengunjung dengan
melibatkan 27 kampung dan 10 kawasan utama di pusat bandar” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN