ADVERTISEMENTspot_img

YDS akan terus sokong aktiviti PMBS: Sapdin

UCAPAN ALU-ALUAN…Sapdin ketika menyampaikan ucapan pada Pesta Ambuyat Sabah 2025.

OLEH: HAJI MOHD AMIN HJ MUIN & A.JALIL MADARIN

KG PIMPING (MEMBAKUT): Yayasan Dangsanak Sabah (YDS) yang ditubuhkan tiga tahun lalu akan terus memberi sokongan aktiviti yang dijalankan oleh Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Haji Sapdin Ibrahim berkata untuk tahun ini YDS menanggung sepenuhnya perbelanjaan Pesta Ambuyat Sabah 2025 PMBS tahun ini

Beliau yang juga Pengerusi Penganjur Pesta Ambuyat itu berkata YDS sebagai yayasan dibawah PMBS akan terus memberikan sokongan aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan ekonomi,pendidikan dan budaya masyarakat itu.

IRINGI…Sapdin(empat kiri) mengiringi Toh Puan Faridah, Mohd Arifin dan Ruslan melawat salah satu meja peserta yang mengikuiti Pertandingan Idangan Set Ambuyat.

Sapdin yang juga Ahli Surahanjaya PIlihan Raya (SPR) Malaysia berkata sokongan YDS kepada PMBS sesuai dengan visi dan misi yayasan itu untuk meningkatkan ekonomi, pendidikan dan budaya masyarakat Brunei di negeri ini.

Beliau berkata untuk tahun ini seramai 100 orang pelajar anak-anak Brunei yang cemerlang dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ( STPM)diberikan insentif berupa wang tunai antara RM300 hingga RM500 setiap pelajar sebagai menghargai kecemerlangan mereka dalam pembelajaran.

” Dalam Pesta Ambuyat pertama di Dewan Kesenian Islam Membakut tahun lalu (2024), kita juga memberikan insentif kepada 100 orang pelajar yang cemerlang dalam kedua-dua peperiksaan ini,” katanya dalam ucapan alu-alunnya pada Pesta Ambuyat 2025 di Dewan Seri Wawasan Kg Pimping Membakut Ahad lalu.

Sapdin berkata yayasan itu juga turut menyumbang keperluan untuk Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PMBS 2025 di Dewan Saadah Wisma Muis Sembulan tahun ini.

PENERIMA INSENTIF…sebahagian dari 100 pelajar Cemerlang dalam Peperiksaan SPM dan STPM yang menerima bantuan turut hadir di majlis itu.

“Kita akan terus bekerjasama dengan badan induk ini dalam menjalankan kegiataan yang memberi manfaat kepada seluruh masyarakat Brunei di negeri ini,” tambahnya.

Pesta ini dirasmikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang juga Presiden PMBS, Datuk Dr Haji Mohd Arifin Datuk Haji Mohd Arif.

Turut hadir isteri Yang Dipertua Negeri, Toh Puan Hajah Faridah Haji Tussin, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Haji Ruslan Muharam, Timbalan Presiden PMBS, Datuk Haji Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir, Pengerusi YDS yang juga Naib Presiden PMBS, Datuk Haji Ahmad Shah Talib dan Penaung PMBS danDatuk Hj Mohd Yussof DSP Haji Mohd Kassim.

Turut meneriahkan pesta itu Konsul Agung Negara Brunei Darussalam di Sabah,Puan Dayang Fauzana Alli dan Konsul Muda, Haji Asrul,Ahli Jawatankuasa Pusat PMBS,Ketua-ketua cawangan PMBS, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan dan ribuan orang ramai.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN