ADVERTISEMENTspot_img

Pasukan KRT PMBS Weston juara Idangan Set Ambuyat, Kimanis pula juara Tarian Zapin Brunei 2025

GIMIK PERASMIAN ..Mohd Arifin(tengah) bersama Ruslan,Sapdin, Dayang Fauzana, Pg Saifuddin, Penasihat PMBS, Datuk Hj Yussof DSP Haji Kassim dan Ahmad Shah ketika melakukan gimik Pelancaran Pesta Ambuyat 2025.-Foto AJM

MEMBAKUT: Pertandingan Idangan Ambuyat 2025 anjuran Persatuan Masyarakat Brunei Sabah dan Yayasan Dangsanak Sabah dijalankan di Perkarangan Rumah Presiden PMBS,Datuk Haji Mohd Arifin Datuk Haji Arif pada Ahad (6-7-2025) lalu dengan penuh meriah.

Sebanyak 12 pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan ini mewakili cawangan-Cawangan PMBS daerah- daerah2 seperti Sipitang, Beaufort, Membakut, Bongawan, Papar, Kota Klias dan daerah2 lain.

Dalam pertandingan yang diadili oleh lima juri itu memilih Kumpulan Jiran Wanita KRT Kg Imam Arshad mewakili Cawangan Weston sebagai johan.

Pasukan ini menerima hadiah wang tunai RM1,500 dan sijil.

Naib Johan pula dimenangi Kumpulan Lamiding Manis mewakili Cawangan Membakut yang diwakili oleh Hajah Jamayiah Haji Adnan dan Hajah Laila Hj Latip.

Mereka menerima hadiah wang tunai RM800 dan sijil.

Tempat ketiga pula dimenangi kumpulan Ambuyat Semangkuk Agung mewakili Cawangan Kg.Brunei Sri Gading juga menerima hadiah wang tunai dan sijil.

NAIB JUARA ZAPIN BRUNEI…pasukan Seni Budaya Bongawan mewakili PMBS Bongawan muncul naib juara.

Pengerusi penganjur Puan Hajah Rugayah Haji Awang Besar bersama AJKnya berkata sambutan tahun ini amat menggalakan dan orang ramai juga dapat menyaksi dan menikmati hidangan itu selepas pertandingan.

Sementara itu di Dewan Seri Wawasan Kg Pimping Membakut sebanyak 12 pasukan berentap masing-masing untuk kategori Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah serta Terbuka.

Pertandingan yang dihakimi oleh juri professional dari Kota Kinabalu itu memilih pasukan Art Centre Theater mewakil PMBS Kimanis muncul juara.

Naib juara dimenangi oleh Pasukan Seni Budaya yang mewakili PMBS Bongawan.

Bagi kategori Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah disapu bersih oleh PMBS Kimanis.

BERSAMA KUMPULAN JUARA IDANGAN SET AMBUYAT…orang ramai merakam kenangan dengan peserta juara mewakili PMBS Weston.

Kesemua pemenang menerima hadiah berbentuk trofi,wang tunai dan sijil penyertaan.

Kesemua pemenang pertama hingga ketiga menerima hadiah yang disampaikan oleh isteri Yang Dipertua Negeri, Toh Puan Hajah Faridah Tussin.

Pesta Ambuyat kali kedua di Membakut anjuran Persatuan Masyarakat Brunei Sabah dan Yayasan Dangsanak ini dirasmikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Presiden PMBS, Datuk Dr Haji Mohd Arifin Datuk Haji Mohd Arif.

Turut hadir Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Haji Ruslan Haji Muharam yang juga Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS), Timbalan Presiden PMBS, Datuk Haji Pengiran Saifuddin Pg Tahir, Pengerusi YDS yang juga Naib Presiden PMBS, Datuk Haji Ahmad Shah Talip,Naib Presiden Haji Pg Jaafar Pg Osman dan Pengerusi Penganjur yang juga CEO YDS,Datuk Haji Sapdin Ibrahim.

Turut memeriahkan pesta setahun sekali ini Konsul Agung Negara Brunei Darussalam di Sabah, Puan Dayang Fauzana Alli, Konsul Muda, Haji Hasrul, AJP PMBS,Ketua-ketua cawangan dan ribuan ahli PMBS dan orang ramai.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN