ADVERTISEMENTspot_img

DUN Sabah Luluskan RUU Perbekalan Tambahan Lebih RM1 Billion

Hajiji (tengah) berangkat balik selepas selesai hari pertama sidang DUN.

KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan 2025 berjumlah RM1,186,923,403 pada Isnin.


RUU berkenaan dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dan dibahas oleh 26 pembahas pada hari pertama Mesyuarat Kedua Penggal Kelima DUN Sabah Yang Keenam Belas.


Terdahulu, sebanyak tujuh pertanyaan bagi jawapan lisan sempat dijawab oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Timbalan Ketua Menteri III Datuk Seri Panglima Ir. Shahelmey Yahya yang juga Menteri Kerja Raya, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Datuk Phoong Jin Zhe, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib dan Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Hendrus Anding.-PENERANGAN

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN