ADVERTISEMENTspot_img

SM Sains Labuan johan Sketsa Muzikal Kepenggunaan peringkat Labuan 2025

Peserta SM Sains menerima hadiah daripada Junaidah ( tengah JB).

LABUAN: SM Sains Wilayah Persekutuan Labuan muncul johan Pertandingan Sketsa Muzikal Kepenggunaan peringkat Wilayah Persekutuan Labuan yang diadakan di Dewan Kolej Matrikulasi Labuan, pada Sabtu.

Dengan kemenangan itu SM Sains Labuan menerima hadiah wang tunai RM 3,000, tropi dan sijil serta mewakili Zon Borneo ke peringkat Kebangsaan pada bulan Julai 2025 di Kota Kinabalu, Sabah.

Naib johan di menangi oleh SMK Rancha – Rancha ntuk menerima hadiah wang tunai RM2, 0000, tropi dan sijil, manakala tempat ketiga dimenangi oleh SMK Mutiara untuk menerima hadiah wang tunai RM1000, tropi dan sijil.

Sementara itu, SMK Pantai yang menduduki tempat keempat tidak pulang dengan tangan kosong apabila menerima hadiah saguhati wang tunai RM300 dan sijil.

Majlis penyampaian hadiah di sempurnakan Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Junaidah Arbain.

Pertandingan Sketsa Muzikal Kepenggunan KPDN merupakan sebuah inisiatif untuk mempertingkatkan kesedaran tentang isu-isu, ilmu dan amalan kepenggunaan yang bijak melalui seni dan hiburan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN