ADVERTISEMENTspot_img

Perlawan Persahabatan Boling Padang Media Labuan dan JBS pupuk semangat setiakawan

Pasukan JBS bersama pasukan Persatuan Penggiat Media Labuan. Kelihatan Mahanum (tujuh dari kanan).

LABUAN: Perlawanan Persahabatan Boling Padang antara Persatuan Penggiat Media Labuan dan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Labuan yang diadakan baru baru ini mampu meningkatkan semangat setiakawan yang berterusan.

Pengarah JBS Labuan, Mahanum Fauzi berkata perlawanan itu juga menjadi wadah bagi mengeratkan lagi silaturahim antara kakitangan JBS dengan pengamal media.

Perlawanan persahabatan yang diadakan di Gelanggang Arena Boling Padang Antarabangsa Labuan itu menyaksikan pasukan JBS menewaskan pasukan Penggiat Media Labuan 3-1 dalam satu perlawanan yang menghiburkan bagi kedua dua pasukan.

Sementara itu, Mahamun turut merancang untuk mengadakan perlawanan bola sepak persabatan antara Pengamal Media Labuan menentang Ketua Ketua Jabatan Wilayah Persekutuan Labuan yang akan diadakan di padang sintetik JBS pada Julai depan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN