ADVERTISEMENTspot_img

Pasukan Brotherhood, NG WM mucul juara Kejohanan Sepakan Finalti Terbuka Labuan 2.0 Piala Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

JOHAN…Hanisah (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada ketua pasukan NG WM .

LABUAN: Pasukan BrotherHood dan Pasukan NG WM masing masing johan kategori Lelaki dan Wanita Kejohanan Sepakan Finalti Terbuka Labuan 2.0, Piala Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Pada Kejohanan itu, pasukan Brotherhood menewaskan pasukan Qaiser FT dengan jaringan 6-5 pada perlawanan akhir sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM 3,000.

Manakala pasukan Qaiser FT yang terpaksa berpuas hati untuk bergelar Naib johan menerima hadiah wang tunai RM RM1, 500.

Tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi oleh pasukan Family Naubal dan IPD Labuan 2 untuk menerima hadiah wang tunai RM1, 000 dan RM800,

Manakala pasukan NG WM yang dinobat johan kategori wanita selepas mewaskan pasukan Unicorn FT degan jaringan 3-2 membawa pulang hadiah wang tunai RM500.

Manakala pasukan Unicorn FT selaku naib johan menerima hadiah wang tunai RM400.
Tempat ketiga dan keempat bagi kategori wanita di menangi oleh pasukan Femina FC dan Pekan FC A.
Kejohanan Sepakan Finalti Terbuka Labuan 2.0 Piala Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Subzon 3 dengan kerjasama Perbadanan Labuan telah diadakan di padang Dataran Labuan baru baru ini.

Sebanyak 63 pasukan kategori lelaki dan 13 pasukan Wanita yang melibatkan penyertaan dari Sabaj mengambil bahagian pada perlawanan tersebut.

Turut diadakan pertandigan bola sepak kanak kanak bawah 8, 10 dan 12 tahun.

Sementara itu majis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Samsudin Sidek dan Pengerusi MPP Subzon 3, Hanisah@ Dayang Mohd Bandi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN