ADVERTISEMENTspot_img

Ellron sambut baik Program Suntikan Kasih Masyarakat Madani anjuran JHEAINS

Ellron menyerahkan sijil penghargaan kepada salah satu pihak berkepentingan sambil disaksikan Haji Kalana ( tiga dari kiri).

SOOK: Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin menyambut baik Program Suntikan Kasih Masyarakat Madani Daerah Keningau anjuran
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) yang berlangsung di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Membulu pada Ahad.

Katanya, program yang berkolaboratif dengam Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Membulu,Kuala Punteh, Mempulut, Bahagian Zakat & Fitrah (MUIS) Keningau, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Keningau, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM), SK Membulu, PIBG SK Membulu dan warga kampung sekitarnya itu mengeratkan lagi hubungan silahturahim di kalangan masyarakat pelbagai kaum, agama dan lapiasan di negeri ini.

Ellron yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook berkata, program seperti ini bukan sahaja menyumbang kepada pembangunan rohani dan sahsiah masyarakat, tetapi turut mengukuhkan nilai perpaduan dan kerjasama antara komuniti.

“Dalam konteks Masyarakat Majmuk yang hidup dalam kepelbagaian budaya, agama dan bangsa, saya percaya bahawa kekuatan kita terletak
pada sikap saling hormat-menghormati dan bekerjasama demi kebaikan kita bersama” katanya semasa berucap merasmikan program itu.

Jelasnya, program seperti ini mencerminkan semangat perpaduan yang telah lama terjalinkan di kalangan masyarakat tanpa mengira latar belakang dapat hidup bersama dengan aman dan damai,
saling menyokong dan membangun secara harmoni.

Beliau berkata, objektif program ini bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap perpaduan kampung, serta memperkukuhkan hubungan
sesama masyarakat, adalah sangat relevan dan tepat pada waktunya.

“Ia bukan sahaja memberi manfaat kepada komuniti yang terlibat, malah memberi impak positif kepada keharmonian keseluruhan kampung dan Daerah kita” katanya.

Menurut Ellron, tidak ada kejayaan yang mudah dicapai melainkan melalui perjuangan yang berterusan.

Katanya lagi, program ini juga menjadi landasan kearah perpaduan, menjalinkan sifat hormat-menghormati dan semangat kerjasama yang tinggi.

Tambahnya, matlamat akhirnya nanti adalah untuk membentuk sebuah masyarakat dan warganegara yang berjiwa kental, patriotik dan saling berkasih sayang.

Beliau berharap, usaha murni ini menjadi contoh kepada kawasan-kawasan lain dalam melahirkan masyarakat yang berilmu, bersatu, dan berintegriti selain akan terus menjadi platform bagi memperkukuh hubungan antara agensi, pertubuhan masyarakat dan rakyat.

Hadir sama Pegawai Tadbir Agama Islam Negeri Sabah, JHEAINS Daerah Keningau Haji Kalana bin Lias, Penolong Kanan 1 Sabahedin bin sambikin, pemimpin-pemimpin KRT dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN