Md Fadli (enam dari kiri) dan tetamu bergambar kenangan bersama penerima anugerah pada majlis tersebut.
LABUAN: Pengetua Kompleks Darul Kifayah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan, Abdul Fatah Abdul Hafiz di anugerahkan Tokoh Murabbi MAIWP Labuan 2025 kategori lelaki.
Manakala Pengetua Sekolah Agama MAIWP Labuan, Ustazah Siti Aminah Zakaria penerima anugerah Tokoh Murabbi MAIWP Labuan 2025 kategori wanita.
Kedua dua mereka menerima anugerah itu pada Majlis Apresiasi Institusi MAIWP Labuan yang diadakan di salah sebuah hotel di sini pada Selasa.
Selain Anugerah Tokoh Murabbi, pihak MAIWP juga menyediakan lima anugerah lain termasuk Anugerah peningkatan GPMP (SMK MAIWP), Anugerah Guru Inovatif dan Kreatif (Permata MAIWP) .
Tiga lagi anugerah lain ialah Anugerah Kelas Pengurusan dan Pentadbiran, Anugerah Khas Ko-Kutikulum dan Anugerah Khas Kakitangan Pelaksana masing masing menerima sijil dan cenderahati melibatkan seramai 22 penerima yang terdiri guru dan barisan pengurusan di tiga instutusi MAIWP Labuan.
Sementara itu, majlis penyampaian hadiah anugerah disempurnakan oleh Pengurus MAIWP Labuan, Ustaz Md. Fadzli Md Saad.
Terdahulu Md Fadzli ketika berucap pada majlis itu berkata MAIWP pada tahun lalu telah memperuntukkan lebih RM3. 9 juta dari dana zakat yang dikutip untuk diagihkan kepada tiga intitusi MAIWP di Pulau ini.
Katanya peruntukan itu merupakan agihan zakat secara tidak langsung merangkumi pelbagai aspek kebajikan pelajar seperti penyediaan makanan, kemudahan tempat tinggal, pembelajaran harian, sokongan pengurusan dan pembangunan insan.
“Ia bukan saja pelajar yang tinggal di asrama malah kepada pelajar harian di Permata MAIWP agar mereka dapat menimba ilmu dalam suasana yang kondusif dan selesa”, katanya.
MAIWP Labuan mempunyai tiga institusi iaitu Darul Kifayah, Permata MAIWP dan Sekolah Agama MAIWP.



