ADVERTISEMENTspot_img

Pertandingan Melastik Terbuka Ranau berjaya capai sasaran: Abidin

Hillary (berdiri keenam kiri) bersama para Pemenang dalam Pertandingan Melastik Terbuka Ranau yang diadakan itu


RANAU: Aizen muncul sebagai johan Pertandingan Melastik Terbuka Ranau anjuran Bahab Slingshot Club (BSC) selepas mengutip 29 markah dan mengetepikan 49 peserta lain di sini baru-baru ini.


Di tempat kedua, Kumpit GSC muncul sebagai naib johan dengan 28 markah, diikuti Azdie Debra di tempat ketiga dengan 27 markah selepas menang dalam pusingan sudden death bersama lima peserta lain.


Tempat keempat hingga kelapan jatuh kepada Perantau Desa (keempat), Alpian Sahadi (kelima), Wairin GSC (keenam), Kiong KGS (ketujuh) dan Aidee TST (kelapan).


Peserta yang mendapat 26 markah dikongsi bersama oleh Muliadi Padu, Faizul MGS, Ajan SSC, Samli Libra, Idin GSTC dan Well LST. Manakala Peserta yang mendapat 25 markah dikongsi bersama oleh Mirul SSC, Ajirie SSC, Sam Tai Wong, Pak Nim, Mass Apid dan Sofea MPR.


Markah 24 Dikongsi oleh 9 peserta, Markah 23 Dikongsi oleh 11 peserta, Markah 22 Dikongsi oleh 10 peserta dan Markah 21 Dikongsi oleh 5 peserta.


Pertandingan Melastik Terbuka Ranau itu berlangsung di Dewan Kg Bahab dan dirasmikan oleh Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah merangkap Adun N.38 Paginatan Datuk Abidin Madingkir.


Ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Wiramuda Star N.38 Paginatan Hillary Salmoen yang turut mewakili beliau merasmikan program tersebut.


Dalam ucapannya, Abidin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur dan semua peserta yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini.


Menurut beliau lagi, melihat sambutan yang begitu menggalakkan kali ini menunjukkan penganjur telah mencapai matlamat mereka dan amat berjaya.


Tambahnya, penganjuran Pertandingan Melastik Terbuka Ranau seperti ini sudah tentu dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara peserta dan pimpinan serta masyarakat sekitar.


“Penyertaan peserta dalam acara yang dipertandingkan menunjukkan golongan belia di sini sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat. Ia juga secara tidak langsung membolehkan peserta menunjukkan bakat dan kebolehan dalam acara ini.


“Pertandingan Melastik Terbuka Ranau seperti ini juga dapat mencungkil bakat yang boleh diketengahkan di peringkat lebih tinggi.


“Acara itu juga sedikit sebanyak mengurangkan, malah dapat mengelakkan golongan belia daripada terjerumus dalam kegiatan tidak diingini iaitu gejala sosial,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN