Haji Azizam menyampaikan sumbangan RM5,000 kepada Ustaz Abdul Fatah sambil disaksikan Ustaz Jaafar.
LABUAN: AMS Trust dan AMS Prop meraikan 77 anak yatim asnaf Dari Kompleks Darul Kifayah pada Majlis Ziarah Kasih Ramadan 2025 yang diadakan di Dewan Serbaguna Kompleks berkenaan pada Rabu.
Selain diraikan dalam majlis Berbuka Puasa, anak anak yatim asnaf yang berumur tujuh hingga 12 tahun itu turut diceriakan dengan penyampaian duit oleh Pengerusi AMS Trust, Azizan Mohamad Som.
Terdahulu ketika berucap pada majlis itu Haji Azizam berkata, Program Ziarah Kasih Ramadan dan majlis Berbuka Puasa bersama anak anak asnaf merupakan salah satu tanggung jawab sosial (CSR) AMS Trust yang diadakan setiap tahun bagi membantu masyarakat yang kurang bernasib baik.
“Dalam program ini AMS Trust menyantuni Dan berkongsi rezeki dengan golongan yang kurang bernasib baik”, katanya.
Beliau turut berharap agar lebih banyak syarikat yang beroperasi di luar pesisir Pantai Labuan akan turut sama memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan di Labuan.
Pada majlis itu beliau turut menyerahkan sumbangan bernilai RM5,000 kepada Pengetua Kompleks Darul Kifayah, Ustaz Abdul Fatah Abdul Hafiz.
Hadir sama, Timbalan Pengetua (Operasi) Kompleks Darul Kifayah, Ustaz Jaafar Rullah, Ketua Pegawai Eksekutif Financial Park, Johari Mesir dan Pengarah Eksekutif AMS Trust, Rita Sharif.
AMS Trust adalah merupakan sebuah Syarikat Amanah berlesen di bawah kawal-selia Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) dan telah beroperasi sejak 2013, dan telah membantu banyak syarikat dari dalam dan luar negara untuk menubuhkan entiti luar pesisir di Labuan.



