Lokman menyampaikan sijil penghargaan Jasamu dikenang kepada Harry Gitik disaksikan sebahagian pegawai RELA Negeri dan pusat
Oleh : Francis Andin
KENINGAU: Anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) diingatkan supaya sentiasa menjaga personeliti diri dan tidak terlibat dengan sebarang kegiatan yang boleh menjejaskan nama peribadi sekaligus agensi Sukarelawan yang disertai.
Ketua Pengarah RELA Malaysia Lokman Effendi Ramli , berkata anggota perlu bersiap sedia dan menjalankan tugas sebagai anggota yang komited serta bertanggungjawab khususnya dalam membantu penugasan pihak berkuasa keselamatan dan mengelakkan daripada terjebak kepada sebarang isu yang boleh menjejaskan nama baik organisasi RELA.
Pada masa sama beliau merakamkan penghargaan kepada semua anggota RELA di negeri ini yang terus memberikan perkhidmatan terbaik dan bila-bila masa terutama dalam penugasan kawalan keselamatan bersama pihak berkuasa lain dengan penuh tanggungjawab.
“ Saya yakin dengan kepimpinan pegawai dan anggota disemua peringkat dinegara ini khasnya di negeri Sabah, tidak ada isu yang membabitkan anggota dalam sebarang kegiatan yang boleh mejejaskan nama agensi namun pada masa kita menyeru agar semua sentiasa mematuhi SOP penugasan seperti mana yang di amanahkan”katanya sempena Rangka Lawatan Kerja ke Negeri ini semalam.

Sebahagian anggota RELA Daerah Keningau yang hadir
Terdahulu berucap pada majlis perjumpaan besama anggota RELA Daerah Keningau, beliau berpuashati dan berpeluang berjumpa dengan anggota termasuk di sempadan Pensiangan- Indonesia dan yakin kerjasama baik RELA dan pihak berkuasa lain sangat padu dalam sama-sama memastikan keselamatan negara dan sempadan dalam situasi terkawal.
Dalam pada itu, ditanya tentang permintaan orang awam untuk menyertai RELA, beliau sangat mengalu-alukan dan memberi jaminan supaya individu mengemukakan permohonan dan mengikut prosedur pengambilan termasuk menghadiri temuduga dan beberapa pra syarat sebagai anggota RELA. Katanya setakat ini RELA mempunyai kira-kira 146 ribu anggota di seluruh negara dan pra syarat usia tidak lebih 60 tahun antara yang diberi keutamaan mengikut kelayakkan kriteria sedia ada.
Pada majlis itu, Lokman menyampaikan sijil penghargaan Jasamu dikenang kepada sebahaian anggta Rela didaerah Keningau. Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan kebudayaan serta jamuan makan malam.
Hadir sama Ketua Pengarah RELA Sabah Darman Dabang, Timbalan Ketua Pesuruhjaya RELA (Operasi) Tuan Muhamad Ghazali Mamat, Pengarah RELA Bahagian Operasi Ibu Pejabat Tuan Jimmy Jupiter Sambau, Pegawai RELA Daerah Keningau Tuan Melvin Mark Davies serta pegawai Rela Negeri dan Daerah Keningau.



