ADVERTISEMENTspot_img

Tokong Sin Ong Kong terima sumbangan berjumlah RM100,000.00

Mohd Rafi menyerahkan sumbangan tersebut kepada Tan Kok Koon dan Goh Siew Ling.

LABUAN: Tokong Sin Ong Kong Kampung Sungai Keling di sini menerima sumbangan berjumlah RM 100,000.00 daripada dua ahli perniagaan terkemuka dan seorang lagi merupakan lagenda badminton negara.


Mereka yang terpanggil untuk membuat sumbangan bagi menyiapkan bangunan Tokong tersebut ialah Tan Sri Vincent Tan menyumbang sebanyak RM50,000, Datuk Seri Lee Hock Seng menyumbang sebanyak RM30,000 dan Datuk Wira Lee Cong Wee sebanyak RM20,000. menjadikan jumlah keseluruhan RM100,000.


Majlis penyerahan sumbangan tersebut disampaikan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan kepada Ketua Kampung Sungai Keling, Goh Siew Ling sempena Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Balai Raya Kampung Sungai Keling, pada Ahad.


Sementara itu, Mohd Rafi yang juga Ketua UMNO Bahagian Labuan berkata, sumbangan itu adalah hasil perbincangan beliau bersama Ketua Kampung Sungai Keling baru baru ini untuk membantu mendapatkan dana bagi menyiapkan tokong tersebut.


Katanya, usaha untuk membantu mendapatkan dana tersebut berhasil apabila beliau bertemu dengan ketiga tiga tokoh berkenaan yang juga sahabat rapat beliau telah bersetuju menghulurkan sumbangan untuk menyiapkan tokong tersebut.


“Usaha ini saya lakukan atas dasar semangat perpaduan dan keharmonian pelbagai kaum yang telah lama terjalin di pulau ini.


“Semoga usaha ini dapat memperkukuhkan hubungan antara kaum dan agama, serta menjadi simbol kekuatan perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat kita,” katanya.


Hadir sama pada majlis itu, Pengerusi Tokong Sin Ong Kong, Tan Kok Koon.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN