ADVERTISEMENTspot_img

Peruntukan RM162.42 juta untuk KPMKR beri manfaat besar kepada golongan sasar: James

BERJALAN.. James (ketiga kiri) bersama walter (kiri), Jais (ketiga kanan) sempena program Welfare Month Walk Dan Majlis Penutupan Bulan Kebajikan 2024 yang diadakan di Tasik Rekreasi, Kompleks Sukan Likas pada hari Sabtu.

KOTA KINABALU: Peruntukan belanjawan negeri sebanyak RM162.42 juta untuk Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) akan memberi manfaat yang besar kepada golongan sasar dan terus menyokong usaha murni yang dijayakan bersama.

Menteri KPMKR Sabah  YB Datuk James, berkataperuntukan tersebut merupakan berita baik tentang komitmen Kerajaan Negeri Sabah terhadap pembangunan kebajikan negara yang perlu dikongsikan.

“Dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2025 yang bertema “SABAH MAKMUR, RAKYAT SEJAHTERA”, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM162.42 juta untuk agenda kebajikan rakyat melalui Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat.

“Daripada jumlah ini, RM2.5 juta telah dikhususkan untuk Program Intervensi Awal Kanak-Kanak bagi autisme, bagi memastikan golongan ini mendapat sokongan dan bimbingan awal yang diperlukan.

“Program ini akan dilaksanakan bersama Universiti Malaysia Sabah di Taman Didikan Kanak-Kanak Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, Kudat dan Beaufort.

“Selain itu, RM3.2 juta diperuntukkan kepada Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah untuk menyokong program perkhidmatan sosial dan sukarela kebajikan melalui NGO-NGO Kebajikan,” katanya.

Menurut beliau, ini adalah langkah penting yang menunjukkan kesungguhan kerajaan melalui KPMKR untuk memberi perhatian kepada keperluan masyarakat terutamanya golongan berkeperluan khas.

James yang juga Adun Sugut berkata demikian kitika merasmikan prigram Sempena Acara Welfare Month Walk Dan Majlis Penutupan Bulan Kebajikan 2024 yang diadakan di Tasik Rekreasi, Kompleks Sukan Likas pada hari Sabtu.

“Sepanjang bulan ini, Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah bersama Jabatan/Agensi Kerajaan dan NGO-NGO Kebajikan telah bersama-sama meraikan komitmen untuk mempromosikan keterangkuman, kebajikan dan kesejahteraan setiap lapisan masyarakat.

“Acara Welfare Month Walk hari ini menjadi simbol perpaduan kita, di mana pelbagai lapisan masyarakat—termasuk warga emas yang dihormati dan individu berkeperluan khas yang dikasihi—turut serta melangkah bersama.

“Langkah-langkah kita tadi bukan hanya langkah fizikal, tetapi juga langkah menuju masyarakat yang lebih inklusif dan penyayang,” katanya.

James merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan program itu—penganjur, penaja, sukarelawan, dan mereka yang bertungkus-lumus di belakang tabir.

“Komitmen dan usaha anda semua telah menjadikan Bulan Kebajikan ini bermakna dan memberi kesan mendalam kepada semua.

“Kepada warga emas yang telah turut serta, anda adalah simbol kekuatan dan kebijaksanaan yang menjadi inspirasi kepada generasi muda.

“Kepada peserta berkeperluan khas, keazaman dan semangat anda adalah lambang keberanian untuk memecahkan halangan dan memperjuangkan hak kesaksamaan. Dan kepada semua peserta lain, kehadiran anda menunjukkan sokongan padu kepada usaha murni ini,” katanya.

James menambah, perjalanan semua pihak untuk memperuangkan masyarakat yang inklusif dan harmoni tidak akan berhenti di sini.

“Saya ingin menyeru kepada kita semua agar, sebagai masyarakat yang prihatin, untuk terus memainkan peranan masing-masing dalam memastikan setiap individu atau keluarga menikmati kesejahteraan hidup bersama selaras dengan tema Bulan Kebajikan 2024 – “SEJAHTERA BERSAMA”,” jelas beliau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN