ADVERTISEMENTspot_img

Kutipan Zakat MAIWP meningkat 11 peratus tahun lalu.


SIMBOLIK…Syed Kamarulzaman (tiga dari kanan) ketika menekan butang sebagai simbolik Penutupan Rasmi Karnival Sambutan MAIWP 50 Tahun peringkat Labuan.

LABUAN: Kutipan Zakat Majlis Agama Islam (MAIWP) meningkat sebanyak 11 peratus kepada RM 1 bilion berbanding tahun 2022.

Pengerusi MAIWP, Syed Kamarulzaman berkata, beliau yakin trend peningkatan yang sama juga boleh dicapai pada tahun ini dimana sehingga November MAIWP telah berhasil mengutip lebih RM700 juta.

Namun agihan wang zakat keseluruhan untuk tempoh yang sama tahun ini melebihi jumlah kutipan iaitu hampir RM800 juta.

“Di Labuan agihan Zakat menunjukkan pencapaian luar biasa apabila sehingga Oktober tahun ini MAIWP telah mengagihkan sebanyak RM68.8 juta, “katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Karnival MAIWP 50 tahun peringkat Labuan di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan, pada Ahad.

Sementara itu katanya, MAIWP telah melaksanakan pelbagai program dan inisiatif bagi membantu masyarakat yang kurang berkemampuan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

“ Bantuan yang disalurkan termasuklah bantuan peringkat diploma, Ijazah dan kemahiran vokasional kepada anak asnaf”, katanya.

Beliau berkata, selain bantuan yuran dan elaun Pengajian, MAIWP turut memperkenalkan Program Gerobok Rezeki Universiti dengan peruntukan RM1 juta untuk keperluan universiti mendapat akses kepada bekalan makanan.

Jelas Syed Kamarulzaman lagi, MAIWP juga telah memperuntukan sebanyak RM 3.4 juta dana zakat untuk Skim Bantuan Komputer Riba yang memberi manfaat kepada 110 pelajar di Labuan.

“Usaha ini amat membantu meringankan beban keluarga Ibu bapa yang tidak dapat menyediakan peralatan pembelajaran selain menyokong perjalanan akademik para pelajar”, katanya.

MAIWP juga katanya, memberi tumpuan kepada pembangunan usahawan dengan membantu isi rumah asnaf untuk keluar dari kemiskinan dan seterusnya menjadi pembayar zakat.

Karnival dua hari itu menyaksikan pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya Walimatul Urus Perdana, MAIWP Fun Walk, Borak Santai bersama Imam Muda Asraf dan Kejohanan Bola sepak serta gerai jualan rahmah.


Hadir sama, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Nizam Yahya, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Pungutan Zakat MAIWP, Mohammed Hasan Dan Pengurus MAIWP Labuan, Ustaz Md Fadzli Md Saad.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN