ADVERTISEMENTspot_img

Penglibatan agensi kerajaan, NGO penting dalam memertabatkan pembangunan pendidikan: Robert

Robert menyampaikan hadiah kepada salah seorang murid yang bertuah pada program itu.

Oleh: MA

KENINGAU: Penglibatan agensi-agensi kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dalam program yang dianjurkan oleh pihak sekolah adalah amat penting dalam memertabatkan pembangunan pendidikan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, selain Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), peranan agensi kerajaan dan NGO juga diperlukan bagi membantu pihak sekolah.

Katanya, usaha untuk memartabatkan pendidikan bukan diletakkan sepenuhnya kepada warga pendidik tetapi ia adalah tanggungjawag semua pihak.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata demikian selepas merasmikan Program Karnival dan Larian Jogathon Sekolah Kebangsaan (SK) Binaong tahun 2024.

Terdahulu dalam ucapannya Robert berkata, program seumpama ini bukan sahaja menjadi satu wadah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan warga SK Binaong dengan kalangan Ibu Bapa serta Komuniti masyarakat setempat,malah ia juga memberi impak baik kepada murid-murid Sekolah untuk bergiat cergas dalam bidang Kurikulum dan Kokurikulum.

Katanya, melalui program ini juga nilai tambah pengetahuan serta kemenjadian murid dapat disemai.

Dalam program ini, Robert turut melawat aktiviti yang dijalankan iaitu aktiviti Flying Fox yang dikendalikan oleh pihak yang bertauliah serta melawat ke gerai-gerai jualan serta ke pondok-pondok pameran oleh pelbagai agensi dan jabatan kerajaan yang turut menjayakan program itu.

Pada masa sama beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada Komuniti PIBG serta masyarakat setempat yang turut sama membantu melaksanakan dan menjayakan karnival ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Keningau Joharie @ Jaibet Sabian Yang Dipertua PIBG SK Binaong Awang Matusin Awang Anak, Guru Besar SK.Binaong Puan Haini Hj. Suparno dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

Selain hadiah larian Jogathon, program itu turut diserikan dengan hadian cabutan tiket bertuah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN