ADVERTISEMENTspot_img

Sambutan Ma’al Hijrah  peringkat daerah Ranau berlangsung di bangunan baru Masjid Ar-Rahman

TOKOH….Datuk Haji Faimin (kiri)menerima anugerah disampaikan Datuk Masidi disaksikan yang lain.


RANAU: Ribuan masyarakat islam menghadiri majlis Perhimpunan Sambutan Ma’al Hijrah  1446/2024  peringkat daerah  di Masjid Ar-Rahman (bangunan baru) pekan Ranau pada Sabtu.

Majlis tersebut yang bertemakan  ‘Al Falah Pemacu Malaysia Madani’ telah dirasmikan Menteri Kawaangan  Negeri Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.37 Karanaan, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Bin Manjun.

Masidi dalam ucapanya antara lain memgajak masyarakat Islam khususnya di daerah Ranau supaya bersatu -padu dan mengelakkan daripada sikap fitnah-memfitnah kerana budaya itu boleh mengundang perpecahan.

” Budaya fitnah-memfitnah akan memgundang perpecahan dan merosakkan perpaduan dikalangan  masyarakat islam”, jelasnya.

Menurut Masidi sambutan Maal Hijrah
mengajak umat islam supaya berhijrah daripada  budaya merugikan kepada menguntungkan dalam aspek kemajuan pemikiran yang lebih positif  dari segi ekonomi keluarga, masyarakat dan negara.

Antara ribuan masyarakat Islam yang hadir.

Sementara itu, mantan Pegawai Daerah Ranau, Datuk Haji Faimin Bin Kamin telah dinobatkan sebagai Tokoh Ma’al Hijrah peringkat daerah Ranau 2024 menerima Sijil Peghargaan, Pluk, wang tunai RM1500 (sumbangan kerajaan) dan sepersalinan pakaian sumbangan ILIM.

Penerima anugerah yang lain ialah, Surau Sekolah  Rendah (SK)Cemerlang diberikan kepada Surau Al-Kauthar SK.Kinasaraban dan kategori Sekolah Menengah disandang Surau An Najah SMK Ranau.

Surau Kariah Cemerlang diberikan kepada Surau Kg.Waang manakala Masjid Cemerlang disandang
oleh Al-Ridwan Kg.Mohimboyon manakala Taman Ar-Raudah (Tanah Perkuburan) Terbaik disandang Tanah Perkuburan Islam Kg.Lohan 1. Semua hadiah telah disampaikan Datuk Masidi.

Turut hadir ialah, Pegawai Daerah Ranau selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Tinus Bin Manggam (turut berucap), Datuk Hajah Amisah Yassin (ADUN dilantik), Pegawai Pemantau Projek Parlimen Ranau, Dominik Bin Kasuman mewakili Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin, Ketua-Ketua Jabatan kerajaan Negeri dan Persekutuan Para pemimpin masyarakat dan pelajar sekolah  beragama Islam.

Turut diadakan ialah, Ceramah Khas Ma’al Hijrah yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Cawangan Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan, Ustaz Muhammad Shafie Bin Abdul Ghani disusuli persembahan Solawat oleh kumpulan Al-Zihan Ranau.

 
          

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN