Aron Imbayan
KOTA KINABALU: Keputusan pengisytiharan 31 Ogos sebagai Hari Sabah diraikan sebagai pengiktirafan kepada perjuangan dan keazaman yang telah membuahkan hasil untuk negeri ini.
Naib Ketua Exco Wiramuda STARSabah Aron Imbayan berkata, pengisytiharan tersebutmenandakan bahawa Sabah memasuki babak baru dalam sejarahnya.
“Salah satu perjuangan yang memainkan peranan penting dalam pencapaian ini adalah dari Presiden STARSabah YB DSP Dr Jeffrey Kitingan.
“Beliau telah bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan hak dan kedaulatan Sabah, dan hariini, usahanya terbayar dengan pengisytiharan ini,” katanya.
Aron yang juga Ketua Wiramuda N20 Api-Api, menunjukkan perasaan terharu terhadap pengezetan dan pewartaan ini.
Beliau mengungkapkan kegembiraan dan penghargaan kepada semua rakan seperjuangan yang telah bersama-sama tekad berjuang demi kemerdekaan Sabah.
Tambah beliau, Hari Sabah bukan sekadar suatu tarikh dalam kalendar, tetapi ia melambangkan semangat dan semangat juang bangsa Sabah untuk terus maju ke hadapan.
“Sabah, dengan segala keunikan dan kepelbagaian budayanya, kini memasuki fasa baru dengan lebih keyakinan dan determinasi.
“Hari ini, kita merayakan kejayaan, dan esok, kita bersama-sama meneruskan perjuangan untukkegemilangan Sabah!” jelas beliau.



