KENANGAN…Ahmad dua kanan), Ag Damit (dua kiri) bersama Dr Afifah, Dr.Izzat dan Encik Malai Mansor merakam kenangan semasa ziarah Aidilfitri itu.
Oleh: Hj Mohd Amin Hj Muin
KOTA KINABALU : Panel Penasihat Klinik Kesihatan Putatan bersama Kelab Warga Emas Klinik Kesihatan Putatan menyantuni penghuni-penghuni Rumah Anak Anak Yatim As-Sakinah Taman Pantai Lok Kawi menerusi Majlis Jamuan Raya di rumah berkenaan.
Rombongan yang disertai oleh seramai 15 orang Ahli Jawatankuasa kedua dua organisasi berkenaan diketuai bersama Ahmad Hj. Mahmood selaku Pengerusi Panel Penasihat dan Pengiran Hj.Awang Damit Sahzain Pengiran Hj.Abd.Razak selaku Pengerusi Kelab Warga Emas Klinik Kesihatan Putatan.
Seramai 32 orang anak anak Yatim yang berumur lima tahun hingga 17 tahun yang menjadi penghuni rumah berkenaan telah diraikan dengan menikmati jamuan raya dan menerima duit raya dari para dermawan.
Selain itu.,Pengerusi Panel Penasihat telah menyampaikan Sumbangan wang tunai sedekah dari para dermawan kepada pihak Pengurusan Rumah Anak Yatim As-Sakinah untuk dipergunakan membeli keperluan yang diperlukan oleh rumah berkenaan.

GEMBIRA…Penghuni Rumah Anak-Anak Yatim Sakinah ceria dikunjungi oleh Penal Penasihat Dan Kelab Warga Emas Klinik Kesihatan Putatan.
Menurut Ahmad Program Jamuan Raya bersama anak anak yatim berkenaan merupakan program pertama yang dilakukan untuk meraikan anak anak yatim dan juga pengurusan di rumsh anak yatim itu.
Terdahulu Pengiran Hj.Awang Damit Sahzain menjelaskan bahawa Kelab Warga Emas yang ditubuhkan akhir tahun lalu bernaung kepada Panel Penasihat dengan keahlian sekitar 30 orang.
Turut hadir di majlis berkenaan Dr.Afifah Binti Halikun mewakili Dr..Nik Farah Binti Nik Fuad Yusof, Ketua Klinik Kesihatan Putatan,yang juga selaku Penyelia KWE bersama Dr.Izzat Abd.Kadir, Timbalan Pengerusi Panel Pensasihat, Encik Razmi Mad Jaafar, Setiausaha Panel dan Pengerusi Pengurusan Rumah Anak Yatim As-Sakinah Haji Nasaruddin Muhammad.
Ahmad dan Awang Damit berkata kedua-dua badan ini akan terus bekerjasama dengan Klinik Kesihatan Putatan untuk menganjurkan program- program kesihatan dan kebajikan pada masa akan datang.



