ADVERTISEMENTspot_img

Jess Joel Moriga dipilih Ketua Wiramuda Tamparuli baharu

Jess Joel Moriga (duduk ketiga kanan) dipilih sebagai Ketua Wiramuda N14 Tamparuli bagi sesi 2024-2027


TAMPARULI: Naib Ketua Exco Wiramuda Parti Solidariti Tanah Airku (Starsabah), Jess Joel Moriga telah dipilih sebagai Ketua Wiramuda N14 Tamparuli dalam Mesyuarat Agung Tri Tahunan parti itu di sini baru-baru ini.


Mesyuarat itu sekaligus telah menyaksikan pemilihan kepimpinan bagi ahli Jawatan Kuasa (AJK) Bahagian, Sayap Kepimpinan Wiramuda dan Wiramuda, di mana muka-muka calon baharu barisan AJK menang dengan selepas menang tanpa bertanding.


Penyandang Ketua Wiramuda N14 sesi sebelum ini Jinito Sontori pula berjaya melangkah karier politik beliau ke peringkat yang lebih tinggi apabila menang tanpa bertanding menjadi Ketua Bahagian N14 yang baharu.


Jess yang sudah aktif bersama-sama Parti Starsabah di kawasan DUN Tamparuli sejak 2017 ingin menstrukturkan pembaharuan dan pembangunan Wiramuda dan belia yang lebih mampan dan mantap bagi berkhidmat untuk rakyat Tamparuli.


Beliau yang juga merupakan antara muka baharu yang telah dipilih untuk memimpin sayap Wiramuda N14 Tamparuli sentiasa menganggap setiap pemilihan bukan jalan yang mudah dan pasti ada pesaing yang hebat.


“Tapi dengan sokongan dan kerjasama daripada ahli-ahli Wiramuda N14, kami dapat bersama-sama menjayakan pemilihan ini dengan lebih lancar tanpa sebarang halangan,” kata beliau.


Dalam masa yang sama Jess mahu membuat pendekatan baharu di mana, Parti STAR bahagian N14 ini dengan pintu terbuka akan menerima mana-mana penyertaan tidak kita latar belakang agama dan bangsa.


“Saya mahu Parti ini menjadi pilihan kepada semua belia yang mungkin baru mahu berjinak-jinak dalam politik sebagai platform bagi mereka menyuarakan padangan dan buah fikiran masing-masing.


“Saya dengan ini menjemput sesiapa sahaja untuk menyertai kami bila anda bersedia untuk bersama-sama bekerjasama dalam satu unit demi membawa perubahan dan pembangunan yang positif kepada Tamparuli,” kata beliau.


Tentang perancangan beliau untuk Wiramuda N14 Tamparuli, katanya seluruh pimpinan dan AJK yang baharu akan menumpukan fokus untuk pembangunan belia di kawasan ini.


“Dalam masa yang sama kami juga telah berbincang untuk menyusun strategi yang konkrit untuk persiapan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang tidak lama lagi.


“Kami sudah sepakat untuk mengatur strategi dari segi cara berkempen dan sumbangan tenaga untuk memastikan kerusi Dewan Undangan Negeri N14 Tamparuli ini akan kekal dimiliki oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS),” katanya.


Tambah beliau, untuk masa terdekat ini, beliau akan fokuskan tumpuan untuk membina struktur yang kukuh di peringkat Bahagian dulu, manakala jawatannya sebagai Naib Ketua Exco pula akan difikirkan kemudian jika diberi kepercayaan semula.


Antara ahli jawatan kuasa baharu Wiramuda Starsabah Tamparuli ialah Timbalan Ketua Wiramuda Clement Christoper Tomas, Naib Ketua 1 Jveenier Grayyen, Naib Ketua 2 Wellborn Jr dan ahli jawatan kuasa iaitu Fazlee Ardee, Ericksonery Jusoli dan Cornelius Thomas.


Sementara itu, Jinito sifatkan kemenangannya sebagai satu jawatan yang berat \tapi dengan rasa penuh hormat, beliau akan mengalas jawatan itu dengan penuh bertanggungjawab dan komited.


Beliau akan sentiasa membuka pintu untuk semua lapisan masyarakat tidak kira bangsa dan agama untuk bersama-sama dalam Parti STAR, ini kerana ideologi politik StarSabah adalah untuk seluruh rakyat Sabah.


Tambah beliau kepimpinan baharu mahu menyemarakkan dan memperkasakan Starsabah Tamparuli khasnya supaya menjadi sebuah parti dominan dan memberikan kemenangan kepada calon GRS pada pilihanraya yang akan datang.


Seramai hampir 100 lebih ahli bahagian hadir untuk menjayakan Mesyuarat Agung Tri Tahunan N14 Tamparuli yang telah dirasmi oleh Setiausaha Agung Parti Star Sabah Datuk Edward Linggu.


Turut hadir bersama ialah Timbalan Presiden Starsabah Datuk Kapitan Stephen Teo dan lain-lain.


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN