ADVERTISEMENTspot_img

Terap nilai kasih sayang yang tinggi dalam institusi keluarga

KONG…… Pasangan suami isteri yang mempunyai masalah disarankan mendapatkan khidmat kaunseling dari pakar kaunseling yang bertauliah atau mendapatkan nasihat menerusi pendekatan rumah ibadat

KOTA KINABALU : Pergerakan Wiramuda Parti Solidariti Sabah Tanah Airku (Star) menasihati semua ketua keluarga khasnya yang bergelar ibu bapa agar sentiasa menerapkan nilai kasih sayang yang tinggi terhadap ahli keluarga terutama sekali pasangan dan anak-anak.

Ketuanya, Kong Soon Choi berkata, Wiramuda Star begitu kecewa dan bersimpati dengan satu insiden pertengkaran suami isteri yang berakhir dengan kehilangan nyawa yang berlaku di Kampung Tinagalan, Sook jumaat lalu.

Katanya, kejadian seumpa itu seharusnya tidak berlaku jika pasangan suami isteri saling bertolak ansur dan hormat-menghormati dalam menjalani kehidupan berkeluarga untuk mencapai kebahagiaan bersama.

“Memang tidak dinafikan, dalam kehidupan suami isteri, terdapat salah faham, dan sedikit perbezaan pendapat. Namun jika berhadapan dengan situasi itu, sebagai suami atau isteri, perlulah saling bertolak ansur dan jangan kita terlalu mengikuti perasaan sehingga mengakibatkan tindakan luar kawalan diri”. Katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan pada Isnin bagi mengulas kejadian seorang wanita berusia 41 tahun maut dipercayai dibakar suami sendiri yang berlaku di Kampung Tinagalan, Sook, Keningau pada Jumaat lalu.

Jelasnya lagi, mana-mana pasangan suami isteri yang mempunyai masalah disarankan mendapatkan khidmat kaunseling dari pakar kaunseling yang bertauliah atau mendapatkan nasihat menerusi pendekatan rumah ibadat agar sentiasa berasa tenang menghadapi cabaran hidup.

Menurutnya, anak-anak yang masih memerlukan curahan kasih sayang dari ibu bapa perlu dijadikan kekuatan pasangan suami isteri untuk terus bersatu padu dan berkerjasama membahagiakan keluarga kerana mereka adalah tonggak masa depan yang berguna untuk bangsa dan Negara.

“Sebagai ibu bapa, kita kenalah memberikan contoh terbaik kepada anak-anak dan mencurahkan kasih sayang sepenuhnya kepada mereka. Jangan kerana satu insiden yang hanya menurti perasaan, masa depan mereka terus malap selamanya dan meninggalkan kesan yang amat sedih dalam hidup”. Jelasnya.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superitendent Yampil Anak Garai dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, siasatan pihaknya mendapati insiden yang berlaku dipercayai akibat pertengakaran mulut suspek dan mangsa selepas meminum ‘tapai’ (minuman beralkohol) sejak jumaat lalu di rumah mereka.

Yampil menjelaskan, ketika bertengkar, suspek mengatakan hendak membakar mangsa dan mangsa pula mencabar untuk membakarnya jika berani. Suspek ke tingkat bawah untuk mengambil gelen berisi petrol dan naik semula lalu menyimbah petrol ke badan mangsa sebelum bertindak mencampakkan mancis yang menyala ke arah mangsa sehingga menyebabkan badan mangsa terbakar.

Sehubungan itu, pihak polis daerah Keningau telah menahan suspek dan direman sehingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 326 Kanun Kesiksaan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN