Rombongan penyelaras wanita GRS N.36 Kundasang menghulurkan sumbangan kepada salah seorang pesakit, diperhatikan Dr.Eva (lima dari kiri).
RANAU: Jawatankuasa Penyelaras Wanita Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) N.36 Kundasang telah menyantuni 39 pesakit di wad Hospital daerah ini baru-baru ini.
Ketibaan rombongan Jawatankuasa Penyelaras Wanita parti GRS Kundasang itu yang diketuai, Pengerusinya, Aini Tampig telah disambut mesra oleh Pengarah Hospital Ranau, Dr.Eva Candra Susanti Binti Suhali bersama para Jururawat hospital Ranau.
Rombongan seterusnya diawa ke wad kanak-kanak sambil mengagihkan sumbangan berupa barang makanan berserta wang tunai kepada 21 orang kanak-kanak dan ke wad pesakit wanita menyantuni 12 orang pesakit seterusnya ke wad bersalin melibatkan 6 orang ibu.
Aini ketika ditemui memberitahu, program itu merupakan antara Kerja Amal ‘Ziara Kasih’ yang telah dirancang awal setiap tahun bagi membantu meringankan beban para pesakit yang bermalam (ditahan) di wad hospital atas sebab kesihatan.
“Program ini kami akan teruskan pada masa-masa akan datang sekiranya dana kami mencukupi”, jelas Aini.
Terdahulu Dr.Eva ketika ditemui memuji usaha yang dilaksanakan Jawatankuasa Penyelaras Wanita GRS Kundasang kerana berjaya menganjurkan program ‘Ziarah Kasih’ tersebut sambil mengharapkan badan-badan NGO yang lain mencontohinya.
“Kita amat mengharapkan kprihatinan semua pihak agar tampil membantu meringankan beban para pesakit yang masih berada di wad hospital”, tambah Dr
Eva.



