Robert semasa meninjau keadaan Muka Sauk Sungai Bunsit yang semakin cetek.
KENINGAU: Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin melakukan tinjauan di Muka Sauk (Intake) Jabatan Air Bingkor, Sungai Bunsit yang semakin cetek berikutan cuaca panas yang melanda negara ini.
Keadaan itu menyebabkan Muka Sauk itu sukar mengumpul bekalan air yang cukup kepada pengguna di kawasan yang terlibat.
Berikutan dengan keadaan itu Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Bingkor
menasihatkan orang ramai agar berjimat menggunakan air dan menyimpan bekalan air secukupnya sebagai persediaan jika keadaan cuaca panas berlarutan.
Fenomena cuaca panas dan hujan yang berkurangan turut melanda Sabah yang memberi kesan di beberapa daerah dan daerah Nabawan diletakkan sebagai zon kuning.



