ADVERTISEMENTspot_img

Mitchell Steel & Katchun juara Golf Senior Amatur Labuan kategori Gross dan Nett


JUARA…. Mitchell Steel menerima hadiah yang disampaikan Gapilin (kanan) dan Encho.


LABUAN: Mitchell Steel dari Labuan Golf Club (LGC) muncul juara Kejohanan Golf Senior Amatur Labuan kategori Gross selepas mengumpul 149 pukulan di kejohanan dua hari yang berlangsung di padang golf LGC, pada Ahad.


Mitcheli menerima sebuah piala rebutan, piala iringan dan wang tunai Naib johan bagi kategori itu dimenangi oleh Peter Pan dari Sabah Golf Country Club (SGCC) dengan mencatatkan 154 pukulan.


Tempat ketiga dimenangi Joannes Pius dari Labuan Golf Club yang mencatatkan 155 pukulan.


Sementara itu, Katchun Talip dari Labuan International Golf Club (LIGC) mengungguli kategori Nett selepas berjaya mengumpul 136 pukulan untuk menerima sebuah tropi dan wang tunai.

KATCHUN yang menjuarai kategori Nett meenerima hadiah daripada Encho.


Tempat kedua dan ketiga kategori Nett masing masing dimenangi oleh Raubin Talip dan Yunus Sadi dari Kinabalu Golf Club (KGC) yang masing masing mencatatkan 138 pukulan.


Dalam pada itu, Eleiza Edora Moujiniu dari SGCC mengungguli kategori Gross Wanita selepas mencatatkan 184 pukulan.


Naib johan bagi kategori itu diemangi oleh Lim Su Yan juga dari SGCC yang mencatatkan 191 pukulan
Tempat ketiga dimenangi oleh Alice Liew dari LGC dengan catatan 196 pukulan.

Sementara itu bagi kategori Nett Wanita johan dimenangi oleh Lice Liew (LGC) dengan 156 pukulan dan tempat kedua dimenangi oleh Eleiza Edora Mojiniu (SGCC) dengan catatan 158 pukulan.


Tempat ketiga di menangi oleh Lim Su Yan (SGCC) dengan 159 pukulan.

Majlis penyampaian hadiah masing masing disempurnakan oleh Presiden Kelab Golf Labuan (LGC), Datuk Gapilin Nasaruddin dan Golf Kapten LGC, Encho Hamid.


Kejohanan kali ke 8 bagi kategori lelaki dan ke 6 kategori wanita itu telah disertai 120 peserta yang melibatkan 111 peserta lelaki dan 9 peserta wanita.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN