JOHAN… Pasukan Yauyau menerima hadiah daripada Suhaili Abdul Rahman.
LABUAN: Pasukan YauYau dari Wilayah Persekutuan Labuan muncul juara pertandingan Lawn Bowls Open Triple Labuan kategori Cup sempena Labuan Ambang 2023 yang berlangsung di Arena Lawn Bowls Antarabangsa Labuan, pada Ahad.
Pasukan Yauyau yang diwakili, Nurul Husna Suraiya Yunus, Aqilah Syazwani Rosland dan Nur Aimileeya Ismail menewaskan pasukan 2FR di peringkat akhir untuk menerima hadiah wang tunai RM6,000.
Pasukan 2FR juga dari Wilayah Persekutuan Labuan yang diwakili pasangan adik beradik Nur Farah Faizah Roziman, Nur Fahana Roziman dan Mohammad Raihan Roziman menerima hadiah wang tunai RM4,000.
Tempat ketiga bersama dimenangi oleh pasukan No Name (Muhammad Amirul Naim Fazly, Faris Syuhairil Ahmad Syukri dan Abdul Hannan Hassan) dan pasukan Draggon Bowls (Nur Zur’Arissya Nabihan Md. Zaidi, Nur Erien Tiara Jumadil dan Nur Khairunisa) masing masing membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000.

NAIB JOHAN… pasukan 2FR menerima hadiah daripada Suhaili.
Bagi kategori Plate, johan dimenangi oleh pasukan DBKL untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500, naib johan disandang oleh pasukanBS Solid A menerima hadiah wang tunai RM1,000 dan tempat ketiga bersama dimenangi DFD Bowls dan WBC A masing masing menerima wang tunai RM600.
Sementara itu bagi kategori Spoon johan disandang oleh pasukan Sri Brunei untuk menerima hadiah wang tunai RM500, naib johan dimenangi oleh BS Solid B menerima RM400 dan tempat ketiga bersama dimenangi oleh BS Maju Jaya dan Kinabalu Bowls masing masing membawa pulang RM200.
Pertandingan yang dianjurkan oleh Persatuan Lawn Bowls Labuan dengan kerjasama Perbadanan Labuan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan PDRM berlangsung selama tiga hari (28-31 Dis 2022) itu telah disertai oleh 39 pasukan dari Sabah, Brunei dan Labuan.
Sementara itu majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman.



