ADVERTISEMENTspot_img

Majlis santai mantapkan persaudaraan, permuafakatan Staff pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau.

RANAU: Majlis santai ‘Tiga Dalam Satu’ mantapkan persaudaraan dan permuafakatan sedia terjalin dikalangan Staff pejabat Khidmat Rakyat Parlimen P.179 Ranau.

Majlis ‘Tiga Dalam Satu’ itu ialah, Sambutan Hari Natal, sambutan Hari Jadi salah seorang staff, Azman Wong dan perpisahan salah seorang staff, Daini Binti Radani yang mengakhiri tugasnya sebagai kakitangan pejabat Parlimen Ranau.

Daini ketika ditemui memberitahu yang beliau meninggalkan tugasnya untuk.memberi tumpuan sepenuhnya menjaga cucunya disamping meneruskan kerjaya perniagaannya meskipun secara kecil-kecilan.

Menurutnya, beliau yang berkhidmat bersama Ahli Parlimen Ranau, sejak 2008 berterima kasih kepada Datuk Jonathan Yasin kerana banyak memberi tunujuk ajar dan bantuan sepanjang khidmatnya.

“Walaupun saya tidak lagi berugas di pejabat namun sokongan saya terhadap kepimpinan Datuk Jonathan tetap kukuh”, jelas Daini sambil berterima kasih terhadap sokongan serta kerjasama daripada semua staf pejabat Parlimen Ranau.

Datuk Jonathan dalam ucapan ringkasnya turut berterima kasih atas khidmat bakti puan Daini selama bertugas di Pejabat Parlimen Ranau.

“Khidmat bakti Daini selama bertugas di sini tetap kita dikenang”, tambah Jonathan sambil mengucapkan Selamat Hari Natal dan Tahun Baru 2023 kepada semua Staf yang hadir.

Majlis berakhir dengan acara memotong Kek Hari Jadi Azman Wong, memotong Kek Hari Natal dan penyampaian Cenderamata kepada Daini yang disempurnakan Datuk Jonathan disusuli Jamuan Makan tengah hari.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN