Jawatankuasa PERWANISA Ranau sesi 2022-2023 sempat merakam gambar bersama Datin Nahiah(duduk depan tiga kiri), Datin Sri Rosnie (tiga kanan) dan Flora (berdiri kanan baris dua).
RANAU: Flora Binti Tangkim diberi kepercayaan bagi menerajui kepimpinan Persatuan Kumpulan Wanita Silaturahim (PERWANISA) Ranau bagi sesi Tahun 2022-2023 apabila dipilih sebagai Pengerusi Perwanisa pada satu Mesyuarat Agung Pertama di rumah kediaman mantan Menteri Persekutuan, Tan Sri Kasitah Bin Gaddam di Taman Dahliah 1, Tagudon Baru di sini baru-baru ini.
Naib Pengerusi disandang oleh Muhini Binti Kasan, manakala Nurain@Jasimie Francis menyandang tugas sebagai Setiausaha dan dibantu Sohima Binti Sapin (Timbalan Setiausaha) dan Rosinie Binta Siga dipilih sebagai Pegawai Perhubungan Awam seterusnya Junaidah Binti Awang sebagai Juruaudit dan semua Pengerusi setiap Biro adalah Jawatankuasanya.
Sementara Datin Sri Hajah Rosnie Ambuting dilantik sebagai Penasihat dan dengan sebulat suara bersetuju melantik Tan Sri Kasitah sebagai Penaung perasatuan Perwanisa.
Mesyuarat Agung kali pertama itu telah dirasmikan Datin Nahiah Binti Midin, isteri kepada mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Benard Bin Dalinting.
Datin Nahiah dalam ucapannya, menyeru kumpulan Perwanisa supaya memperkujuhkan ukhwah dan mengamalkan sikap memberi kembali ‘Give And Take’ untuk meneruskan rantaian amal kebaikan serta kebajikan kepada yang memerlukan.
Menurutnya, persatuan juga perlu bergiat aktif dalam
kegiatan amal sosial kepada ahli di daerah Ranau meskipun iklim ekonomi semakin mencabar.
“Daerah Ranau terkenal kaya dengan hasil pertanian dan aktiviti Pelancongan yang sentiasa bertambah selain daerah melahirkan lebih ramai Graduan serta penjawat pelbagai orginasi kerajaan dan swasta namun demikian masih ramai dalam komuniti terutama dari segi ekonomi dan sokongan moral.
“Dengan sebab itu, persatuan ini harus bergia-aktif dan semua ahli perlu meneruskan perjuangan dan tetapkanlah semangat dan jadikan sebagai printis yang diperlukan sebab, kalau bukan kamu siapa lagi dan kalau bukan sekarang bila lagi. Jadikanlah perkumpulan Perwanisa Ranau ini sebagai Media dan Flatform Beramal, Berbakti dalam ertikata yang sebenar’, tambah Datin Nahiah.
          Â



