BOT yang dipercayai berpangkalan di Sarawak telah ditahan selepas didapati melakukan aktiviti penangkapan ikan yang tidak permit perikanan.
Labuan: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim LabuanĀ menahan tujuh nelayan asing bersama sebuah bot tempatan kerana disyaki melakukan aktiviti perikanan tanpa permit yang sah di perairan Labuan, pada Jumaat.
Pengarahnya Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata, nelayan asing tersebut yang terdiri enam warga Vietnam dan dan seorang warga Indonesia ditahan bersama sebuah bot tempatan di kedudukan 31.2 batu nautika dari Labuan.
āSemasa menjalankan rondaan rutin, kapal ronda KM Bistari mengesan sebuah bot nelayan tempatan sedang melakukan aktiviti perikanan di kedudukan 31.2 batu nautika dari sini.
āHasil pemeriksaan mendapati bot terbabit sedang melakukan aktiviti menangkap gamat menggunakan peralatan yang tidak dibenarkanā katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini (Sabtu).

TUJUH nelayan asing warganengara Vietnam dan Indonesia ditahan oleh APMM untuk siasatan lanjut.
Katanya, kesemua nelayan yang berumur antara lingkungan 20 hingga 44 tahun itu merupakan kru bot berkenaan yang berpangkalan di Sarawak.
” Bot dan nelayan tersebut yang turut tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah ditahan dan kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 serta Akta Imigresen 1959/63.
“Penggunaan peralatan yang tidak dibenarkan itu mampu menyebabkan kerosakan pada ekosistem serta pembiakan hidupan laut,” katanya.
Beliau berkata, komuniti maritim dinasihatkan sentiasa mematuhi undang-undang sedia ada bagi mengelakkan daripada terbabit dengan sebarang salah laku di perairan negara dan melaporkan sebarang maklumat berkaitan jenayah maritim ke Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087- 427999 atau melalui talian kecemasan MERS 999.



