PEMIMPIN… Bashir (tengah) bersama barisam kepimpinan UMNO Bahagian. Turut kelihatan tiga ahli veteran UMNO Labuan, Datuk Yusof Mohammad ( lima dari kanan), Hasnah Sambas ( (lima dri kiri) dan Haji Abu Samah (tiga dari kiri)
LABUAN: UMNO Bahagian Labuan optimis kerusi P166 Labuan yang dimenangi oleh BN menerusi calon UMNO sejak PRU ke 8 akan dipertahankan pada Pilihan Raya Umum ke 15.
Ketua UMNO Bahagian Labuan yang juga bakal calon BN kerusi P166 Labuan, Senator Datuk Bashir Alias yakin pengundi akan terus memberi kemenangan kepada calon UMNO bagi mempertahankan kerusi BN yang dimenangi sejak PRU ke 8.
“Pada dasarnya, UMNO Labuan telah diberi mandat untuk bertanding pada PRU ke 15 bagi mengembalikan kerusi Parlimen ke pangkuan UMNO selepas penyandang (Datuk Rozman Isli) pada PRU ke 14 menyertai parti Warisan”katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Labuan di Desa Tunas Hijau, dekat sini, pada Ahad.
Ketika berucap dihadapan lebih 500 ahli perwakilan yang hadir Bashir menyeru kepada semua jentera parti untuk terus melipatgandakan usaha bagi memastikan UMNO/BN dapat dipertahankan pada PRU ke 15.
“Harus diingat dalam tempoh berbaki yang tinggal beberapa minggu lagi bagi menghadapi PRU ke 15, kita sebenarnya berada ditengah-tengah pertarungan politik yang akan menentukan parti UMNO masih menjadi pilihan rakyat… justeru itu ahli-ahli UMNO tidak boleh memandang mudah dengan apa yang kita menangi sejak PRU ke 8” katanya.
Dalam pada itu, Bashir yang juga Pengerusi BN Labuan menjangkakan sekurang-kurangnya empat atau lima calon akan bertanding untuk merebut kerusi P166 yang melibatkan calon dari parti Warisan, Parti Keadilan Rakyat (PKR), BERSATU, UMNO dan tidak menolak kemungkinan juga akan ada seorang calon Bebas.
Hadir sama,Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Khalid Ghani, Naib Ketua UMNO Bahagian, Sahari Tarji, Ketua Wanita, Niswati Tarji, Ketua Pemuda, Musa Basman, Ketua Puteri, Jura’adhiyah Dr Harundan Setiausaha UMNO Bahagian, Mohd Dzulfaizal Ab. Manan.



