NAIB JOHAN….. pasukan tarik tali dari Kelab Tarik Tali Apachee Sungai Bedaun bersama hadiah yang dimenangi.
LABUAN: Pasukan Kelab Tarik Tali Apachee Sungai Bedaun tidak pulang dengan tangan kosong selepas pasukan itu berjaya menjadi naib johan kategori Lelaki Awam Tanpa Berkasut (640kg) Tarik Tali Terbuka Kuala Lumpur 2022 yang diadakan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada Sabtu.
Pasukan Apachee yang dibarisi 10 atlet terdiri Azmi Matali, Azhar Lumat, Haffis Sarail, Mohd Shahrol Kassim, Rizam Andog, Adi Japar, Azman Matali, Khaizuran Irfan Aswadee, Harawan Shah Mohamad dan Saminuddin A/k Embus memenangi hadiah wang tunai RM2,000 serta medal.
Pasukan Apachee diiringi oleh dua pegawai masing masing Jaafar Daud selaku Pengurus Pasukan dan Saraman Matali selaku Jurulatih.
Johan bagi kategori itu dimenangi oleh Pasukan Jerung dari Kuala Lumpur sekaligus merangkul hadiah wang tunai RM3,000 serta medal.
Tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Ahmadi juga dari Kuala Lumpur untuk berkongsi hadiah wang tunai RM1,000 serta medal dan tempat keempat dimenangi oleh pasukan DBKL untuk menerima hadiah wang tunai RM500.
Kejohanan yang diadakan sempena Festival Permainan Malaysia 2022 anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) itu telah disertai oleh 12 pasukan melibatkan pasukan MBK, Anak Bapak, Apachee Labuan, MPKL, DBKL, Jerung KL, Bunga Lawang, Ahmadi, Vat 69, Sangka Biru A, Gajah Hitam dan Kuching Tanah telah dibahagikan kepada dua kategori Lelaki Tanpa Kasut (640kg) dan Lelaki Berkasut (640 kg).



